Transkrip PM New Zealand kutuk pemimpin pembangkang dilelong RM278,000

Transkrip PM New Zealand kutuk pemimpin pembangkang dilelong RM278,000

Transkrip PM New Zealand kutuk pemimpin pembangkang dilelong RM278,000

WELLINGTON: Salinan transkrip ditandatangani Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang menghina seorang pemimpin pembangkang dijual pada harga lebih NZ$100,000 (RM278,501) dalam satu sesi lelongan amal baru-baru ini.

Lapor BBC, komen kontroversi itu dapat di dengari melalui mikrofon berikutan perbahasan hangat antara Ardern dan pemimpin parti ACT, David Seymour di Parlimen dua minggu lalu.



Ketika perbahasan, Ardern membidas Seymour selepas ketua parti sayap kanan itu memintanya untuk memberikan contoh di mana beliau dan partinya pernah membuat kesilapan, memohon maaf dan membetulkan kesilapan itu sepanjang memegang tampuk pemerintahan.

Ardern mempertahankan rekod kerajaan Buruhnya sebelum duduk dan mengutuk Seymour sebagai seorang lelaki yang angkuh.

Kenyataan itu didengari dengan jelas menerusi mikrofonnya dan disimpan dalam rekod rasmi Parlimen, Hansard selepas Seymour meminta Ardern membuat permohonan maaf.

Ardern kemudiannya memohon maaf atas kenyataan itu sebelum Seymour mencadangkan mereka bergabung tenaga bagi mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Prostat New Zealand.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kedua-dua pemimpin yang tidak sehaluan dalam arena politik itu kemudiannya menandatangani salinan transkrip rekod rasmi Parlimen mengandungi komen berkenaan untuk dibingkai dan dilelong dalam talian.

Memetik laporan 1News, Julian Shorten yang memenangi lelongan amal itu secara berseloroh memberitahu media tempatan dia perlu membuat pinjaman untuk membantu membayar bidaan yang dimenanginya itu.

“Saya gembira dengan pembelian ini. Ini adalah detik dalam sejarah politik New Zealand,” kata Shorten.

Ardern dan Seymor turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membida selepas lelongan amal tersebut berakhir Khamis lalu.



Inikah Surat Yang Azalina Tanya Timbalan Speaker?

Transkrip PM New Zealand kutuk pemimpin pembangkang dilelong RM278,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button