Andy Cole berang disamakan dengan Nunez



LONDON: Andy Cole meminta namanya tidak dicemari selepas dibandingkan dengan Darwin Nunez.

Legenda Manchester United itu menjaringkan 187 gol Liga Perdana Inggeris manakala Nunez, masih tercari-cari rentak di Liverpool selepas perpindahan dari Benfica yang menelan belanja 85 juta pound (RM456.9 juta).

Selepas pemain Uruguay itu disamakan dengan Cole oleh seorang peminat di media sosial, pemain 51 tahun itu tampil mempertahankan dirinya.

“Lima gelaran Liga Perdana Inggeris, dua Piala FA, satu Piala Liga, satu Liga Juara-Juara Eropah, kasut emas Pemain Muda Terbaik Tahunan, 187 gol Liga Perdana Inggeris.



“Lihat angka itu dan cuba bandingkannya dengan orang lain,” kata Cole menyenaraikan pencapaiannya.

Cole berada di tangga keempat senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris – di belakang Alan Shearer, Wayne Rooney dan Harry Kane.

Dia memenangi lima gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Man United, dan memainkan peranan penting ketika kejayaan treble pada tahun 1999.

Nunez pula terlepas beberapa peluang menjaringkan gol untuk The Reds musim ini.



Selepas beberapa kesilapan ketika kekalahan 3-2 di tangan Manchester City dalam aksi Piala Liga Khamis lalu, Nunez terus dikecam peminat.

Bagaimanapun statistik Nunez bersama Liverpool tidak begitu menghampakan. Dia menjaringkan sembilan gol dan melakukan tiga umpanan gol dalam 19 penampilan bersama kelab baharunya itu.

Liverpool akan bertandang ke laman Aston Villa untuk aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi esok.

AGENSI





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker