AS beri amaran rakyatnya jadi sasaran pengganas di Pakistan

AS beri amaran rakyatnya jadi sasaran pengganas di Pakistan

AS beri amaran rakyatnya jadi sasaran pengganas di Pakistan

ISLAMABAD: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad memberi amaran kepada para petugasnya mengenai kemungkinan serangan terhadap rakyat negara itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara Pakistan.

Ia berikutan bandar itu sudah berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi susulan kes serangan pengebom berani mati awal minggu ini.

Kerajaan AS mendapat maklumat bahawa ‘individu yang tidak dikenali berkemungkinan merancang untuk menyerang warga AS di Hotel Marriott di Islamabad pada masa cuti,” kata kedutaan itu dalam amaran keselamatan.

Nasihat itu melarang kakitangan AS daripada melawat hotel popular itu semasa cuti.

Pejabat Kedutaan AS juga menggesa semua kakitangan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting di Islamabad semasa musim cuti.

Arahan kedutaan itu dikeluarkan dua hari selepas pengeboman berani mati di kawasan perumahan ibu kota membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan 10 yang lain


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Letupan berlaku apabila polis menahan sebuah teksi untuk bagi tujuan pemeriksaan ketika melakukan rondaan.

Menurut polis, seorang penumpang tempat duduk belakang meletupkan bahan letupan yang dibawanya, yang turut meletupkan kenderaan itu.

Militan dengan Taliban Pakistan, yang berasingan tetapi bersekutu dengan pemerintah Afghanistan, kemudian mengakui melakukan serangan itu.

Sejak kejadian itu, pentadbiran Islamabad meletakkan bandar terbabit dalam keadaan berjaga-jaga, melarang perhimpunan awam dan perarakan, walaupun kempen untuk pilihan raya tempatan akan datang giat dilakukan.

Polis juga turut meningkatkan rondaan dan menubuhkan pusat pemeriksaan segera untuk memeriksa kenderaan di seluruh bandar.

Pengeboman berani mati menyasarkan Hotel Marriott di ibu negara pada September 2008, dalam salah satu serangan yang mengakibatkan kehilangan paling banyak nyawa di ibu negara.

Penyerang memandu sebuah trak sampah sehingga ke pintu pagar hotel sebelum meletupkannya, membunuh 63 orang dan mencederakan lebih 250 yang lain. – AP

 

AS beri amaran rakyatnya jadi sasaran pengganas di Pakistan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker