KBS terima lebih 125 permohonan Geran Padanan Sukan

KBS terima lebih 125 permohonan Geran Padanan Sukan

KBS terima lebih 125 permohonan Geran Padanan Sukan
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (empat dari kiri) bersama peserta luncur ais pada Majlis Pembukaan Skate Malaysia 2023 di Sunway Pyramid Ice hari ini. – BERNAMA

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima lebih 125 permohonan dana Geran Padanan Sukan (GPS) daripada pelbagai pihak yang mahu menganjurkan program dan aktiviti sukan di dalam negara selepas ia dilancar secara rasmi pada 1 Jun lepas.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagaimanapun berkata kementerian akan meneliti terlebih dahulu kesemua permohonan yang dibuat termasuk oleh syarikat, persatuan sukan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan koperasi berdaftar sebelum tarikh tutup permohonan pada 31 Julai ini.

“Banyak permohonan (GPS) diterima namun saya akan umumkan data tepat nanti. Fasa pertama telah diluluskan dan kita akan umumkan status GPS tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Kejohanan Skate Malaysia di Sunway Pyramid hari ini.

Pada Belanjawan 2023 lalu, kerajaan memperuntukkan RM40 juta ringgit kepada kementerian di bawah inisiatif GPS.

KBS terima lebih 125 permohonan Geran Padanan Sukan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker