Haaland mampu ledak 800 gol

London: Kevin De Bruyne percaya rakan pasukannya di Manchester City, Erling Haaland mampu untuk menjaringkan 800 gol sebelum kariernya tamat.

Haaland yang kembali ke kota kelahirannya apabila juara bertahan meneruskan usaha mempertahankan kejuaraan Liga Perdana di Leeds Rabu ini, sudahpun menjaringkan 24 gol dalam 19 penampilan sejak berpindah dari Borussia Dortmund.

“Dia sudah meledak kira-kira 200 gol, jadi mungkin dia boleh mencapai 600, 700 atau 800 jika dia kekal cergas dan melakukan perkara yang dia lakukan,” kata De Bruyne.

Pemain antarabangsa Belgium itu sudah bermain dengan ramai penyerang hebat dalam kariernya dan dia berada di kedudukan terbaiknya ketika berusia 22 apabila sentiasa menjadi pilihan skuad utama.

De Bruyne sebelum ini bergandingan dengan penjaring terbanyak kelab, Sergio Aguero sebelum pemain Argentina itu meninggalkan Stadium Etihad pada tahun 2021.

Dia turut bersama Romelu Lukaku di peringkat antarabangsa, bekas rakan sepasukan City, Gabriel Jesus dan juara Piala Dunia baharu, Julian Alvarez yang masih bersama City.

“Sukar untuk dibandingkan kerana mereka semuanya berbeza. Masing-masing sudah menjaringkan 300 atau 400 gol. Erling sangat dahagakan gol jadi dia mungkin mampu melepasi angka itu.

“Dia masih muda dan sedang menikmati hidupnya, tetapi pada masa sama begitu serius dengan bola sepak. Dia amat suka menjaringkan gol dan itu yang paling unik tentang dirinya,” katanya

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker