Mayat dalam tali air sawah

Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemui dalam tali air kawasan sawah di Kampung Kubang Kachang, Kota Bharu, tengah hari semalam. – FOTO IHSAN BOMBAKOTA BHARU: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam tali air kawasan sawah di Kampung Kubang Kachang di sini.

Mayat lelaki berusia 45 tahun itu dijumpai penduduk kampung dalam keadaan terbaring dalam tali air di kebun kelapa kawasan sawah berkenaan, jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata keadaan mangsa ketika ditemui masih berpakaian lengkap.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa berasal dari Kampung Tambak, Banggu, di sini. Mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk proses bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, kematian mangsa disahkan akibat lemas dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Mahu peluk ibu, tapi dipukul dengan tali pinggang selepas keluar penjara [VIDEO]

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker