Tong gas letup, bakal pengantin lecur hampir seluruh badan

Keadaan selepas tong gas meletup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sena Permai, Pokok Sena, pagi tadi. – NSTP/Danial Saad

TASEK GELUGOR: Seorang bakal pengantin melecur hampir keseluruhan badan apabila tong gas petroleum cecair (LPG) meletup ketika wanita itu dikatakan mahu memasak di kediamannya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dilaporkan ingin menggoreng ikan sebelum gas memasak berkenaan tiba-tiba meletup sehingga memusnahkan rumah dua tingkat terbabit.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohamad Hazam Hassan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik saja menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi berhubung insiden itu.

Tong gas letup, bakal pengantin lecur hampir seluruh badan
Keadaan selepas tong gas meletup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sena Permai, Pokok Sena, pagi tadi. – NSTP/Danial Saad
Tong gas letup, bakal pengantin lecur hampir seluruh badan
Keadaan selepas tong gas meletup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sena Permai, Pokok Sena, pagi tadi. – NSTP/Danial Saad

“Setiba di tempat kejadian, anggota mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan sudah dibawa keluar oleh jiran sebelum pasukan bomba sampai.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB), di sini, untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, mangsa bakal mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan mendiami rumah terbabit bersama adik lelaki serta isterinya.

Tong gas letup, bakal pengantin lecur hampir seluruh badan
Keadaan selepas tong gas meletup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sena Permai, Pokok Sena, pagi tadi. – NSTP/Danial Saad
Tong gas letup, bakal pengantin lecur hampir seluruh badan
Keadaan selepas tong gas meletup dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sena Permai, Pokok Sena, pagi tadi. – NSTP/Danial Saad

Mohamad Hazam memaklumkan, kejadian itu turut menyebabkan sebuah kereta dan motosikal yang diparkir di halaman rumah berkenaan mengalami kerosakan.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Seterusnya, beliau berkata, anggota bomba melakukan kerja-kerja pemantauan dan kawalan supaya tiada letupan susulan berlaku.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

Tong gas letup, bakal pengantin lecur hampir seluruh badan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker