Pelajar ‘lencun darah’ terkena kipas ketika naik katil 2 tingkat! [VIDEO] 

Sempat dimarahi rakan sebab masih fikir tugasan walau cedera



Pelajar ‘lencun darah’ terkena kipas ketika naik katil 2 tingkat! [VIDEO] 

Pelajar ‘lencun darah’ terkena kipas ketika naik katil 2 tingkat! [VIDEO] 

MALANG tak berbau! Siapa tak cemas melihat rakan serumah berlumuran darah terbaring atas lantai akibat terjatuh dari katil dua tingkat.

Menurut pengguna TikTok @nrizaaa, peristiwa rakan serumahnya yang dipanggil Yaya itu ‘berkarate’ dengan kipas biliknya berlaku kira-kira jam 1 pagi.

Sebelum kejadian, pelajar Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor itu berkata dia ada lalu di depan bilik Yaya dan melihat rakannya itu sedang membuat kerja di atas katil dua tingkat.

“Dalam 30 minit selepas itu, saya terdengar bunyi benda jatuh dengan kuat,” ujarnya.

Menurutnya, pada masa itu rakan serumah lain telah tidur, jadi dia terus memeriksa bilik Yaya bersama seorang lagi rakan yang dipanggil Syiqin.

“Apabila buka pintu bilik, ternampak Yaya dah terbaring atas lantai.

“Kami terus angkat kepala Yaya dan pada ketika itu, darah dari kepala Yaya keluar dengan sangat banyak, ingatkan hidung dia yang berdarah.

“Saya tanya apa yang terjadi, Yaya berkata yang kepala dia terkena kipas,” katanya mengimbas kejadian itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tanpa melengahkan masa, dia terus memberitahu bahawa Yaya akan dibawa ke hospital terdekat, kira-kira 30 minit dari rumah sewa mereka.

Bagaimanapun, dia agak terkejut apabila Yaya pada awalnya enggan ke hospital kerana masih memikirkan tentang tugasan yang belum disiapkan.

Dalam keadaan cemas, dia dan rakan serumah lain memarahi Yaya dan terus memandu ke hospital.

Pelajar ‘lencun darah’ terkena kipas ketika naik katil 2 tingkat! [VIDEO] 
Kecederaan yang dialami Yaya sangat mengerikan.
Sebaik tiba di wad kecemasan, doktor memberitahu Yaya bernasib baik kerana kemalangan itu tidak terkena arteri yang menyalurkan darah dalam badan.
Dalam video yang tular itu, dia juga memaklumkan terdapat sedikit retakan pada kepala Yaya dan dia menerima enam jahitan di kepala sebelum membuat imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk rawatan lanjut.

Dia juga menceritakan tentang kepala Yaya yang dibalut dengan tudung akibat pendarahan yang banyak, sebelum dibawa ke hospital.

Tudung tersebut telah pun dibuang kerana basah lencun dengan darah tetapi ia dicuci terlebih dahulu.

Apabila segala urusan di hospital selesai dalam pukul 5.30 pagi, dia sempat bertanya Yaya punca ‘tragedi’ itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya nak naik katil kemudian berdiri, ingatkan kepala masih jauh lagi dengan kipas. Tak perasan kipas yang terkena kepala,” demikian apa yang diberitahu Yaya kepadanya.

Sebelum ini, dia pernah berpesan kepada Yaya supaya berhati-hati apabila ingin naik atas katil kerana jarak kipas dengan kepala sangat dekat.

Video yang dimuat naik pada 19 Disember itu mendapat lebih 89,000 tontonan, dan dia juga meminta netizen untuk mendoakan Yaya segera sembuh.

Pengguna TikTok itu juga sempat memberitahu keadaan kipas itu pada masa ini yang mana ia bengkok akibat terkena kepala Yaya dan juga ‘berdangdut’ apabila suis dihidupkan.

 

Pelajar ‘lencun darah’ terkena kipas ketika naik katil 2 tingkat! [VIDEO] 
Antara komen netizen di TikTok.
Dalam ruangan komen, netizen bimbang kejadian serupa berulang dan mencadangkan agar katil dua tingkat itu diubah posisi ke tempat yang lebih selamat.“Allah, kuatnya kawan awak. Tolong alihkan katil ke tempat lain, takutlah.“Kepala berdarah pun ingat tugasan universiti. Itulah yang akan terjadi jika tarikh menghantar tugasan bertimbun, tak pasti nak siapkan yang mana dahulu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Bahaya betul katil dua tingkat itu guna kipas siling. Dah macam filem Final Destination. Boleh dah usulkan tukar kepada kipas dinding, lagi selamat.

“Semoga cepat sembuh, Yaya. Kuat betul Yaya, tetap ingat tugasan.

“Tak faham kenapa hostel bagi kipas itu sedangkan bilik pakai katil dua tingkat. Walaupun kita dah besar, malang tak berbau,” demikian antara komen netizen.

 

Pelajar ‘lencun darah’ terkena kipas ketika naik katil 2 tingkat! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker