William sumbang pingat pertama Malaysia

PHNOM PENH: Atlet lari berhalangan lelaki negara, William Yoong menghadiahkan pingat pertama kontinjen Malaysia di Sukan SEA Kemboja selepas meraih gangsa dalam acara 100 meter (m), sebentar tadi.

William mencatat masa 28.8 saat (s) untuk mengetepikan wakil tuan rumah, Ol Saoheng pada aksi yang berlangsung di Parkir Pusat Konvensyen Chroy Changvar di sini.

Dia selepas ini akan mengalihkan fokusnya bagi memburu emas bersama Mohd Redha Rozlan, Nur Hafis Said Alwi, dan Ghalib Mohamad Azimi dalam saingan final berganti-ganti lelaki esok.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker