Resepi Pau Kacang Merah

Resepi Pau Kacang Merah
Resepi Pau Kacang Merah

 

Kali ini jom lah tengok Che Nom buat pau kacang merah. Pau inti kacang merah ni sangatlah lembut dan gebu. Ditambah pula dengan inti kacang merah buatan sendiri, memang bertambah-tambah special. Ada 3 bahagian video, mula-mula Che Nom tunjuk cara penyediaan pes kacang merah. Kedua, cara untuk buat doh pau yang lembut dan gebu menggunakan tepung pau.

Dan ketiga, kita akan gabungkan doh pau dengan inti kacang merah, kemudian kukus, maka jadilah pau kacang merah yang licin permukaannya, tekstur yang lembut dan gebu.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk inti kacang merah:
    • 500g kacang merah
    • air secukupnya
    • 2 keping/ 130g gula nisan atau gula melaka
    • 1 ½ cawan/ 300g gula putih
    • ½ cawan minyak sayuran
    • ½ sudu kecil garam
    • 2-3 sudu besar majerin atau mentega
  • Bahan-bahan untuk doh pau:
    • 250g tepung pau
    • ¾ sudu kecil yis kering
    • ½ sudu kecil serbuk penaik
    • ¼ sudu kecil garam
    • 2 sudu besar/ 25g gula kastor
    • 1 sudu besar
    • lemak sayuran atau minyak sayuran
    • ½ – ¾ cawan air sejuk

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk inti kacang:
    1. Rendam kacang merah dengan air selama 5-6 jam atau semalaman dan simpan dalam peti sejuk.
    2. Selepas rendam, bilas, basuh dan tapis kacang merah.
    3. Rebus kacang merah sehingga lembut dalam anggaran masa 1-1 jam.
    4. Tapis air rebusan lalu kisar halus kacang dengan sedikit air.
    5. Masak pes kacang diatas api perlahan.
    6. Masukkan gula nisan, gula putih, garam dan minyak sayuran.
    7. Selepas pes agak pekat, masukkan majerin atau mentega lalu sambung masak sehingga menjadi pes yang betul-betul pekat.
    8. Sejukkan pes dan bulatkan inti kacang dengan berat 25-30g bagi satu biji inti.
    9. Kemudian, simpan seketika inti didalam peti sejuk.
  2. Cara-cara untuk doh pau:
    1. Masukkan tepung pau, yis kering, dan serbuk penaik dalam bekas adunan lalu gaulkan sedikit.
    2. Masukkan garam tanpa bercampur dengan yis kering, gula kastor, lemak sayuran dan tuang air sejuk sedikit demi sedikit sambil menguli kesemua bahan. Tambah sedikit air jika perlu.
    3. Uli adunan dalam masa lebih kurang 10 minit.
    4. Bentukkan bulat adunan doh dan rehatkan selama 5 – 10 minit.
    5. Sesudah rehatkan doh, bahagikan pada 10 bahagian doh yang bersaiz kecil. Setiap berat doh adalah dalam anggaran 45-50g.
    6. Leperkan doh, letak inti kacang ditengah lalu tutup dan bulatkan dengan berbentuk bulat meninggi.
    7. Letak diatas kepingan kertas parchment yang d igunting segi empat.
    8. Ulang langkah yang sama untuk kesemua doh pau.
    9. Selepas siap bentukkan pau, susun pau berjarak diatas loyang dan tutup dengan kain sehingga doh kembang. Rehat dalam anggaran masa 45 minit.
    10. Kukus pau selama 8-10 minit.
    11. Selepas pau sudah masak, tutup api dan tunggu dalam 10 minit sebelum membuka penutup kukusan.
    12. Kemudian, keluarkan dan pau kacang merah siap untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Selain merebus kacang merah diatas api, boleh saja gunakan pressure cooker dan masak selama 30-35 minit.
  • Jika mahu merebus, seelok-eloknya gunakan periuk yang tebal supaya kacang masak dengan elok dan sekata.
  • Jika kacang merah sudah direndam lama, tidak perlu lagi rebus kacang dengan masa yang lama.
  • Tekstur pes inti kacang yang dikisar samada halus atas kasar adalah terpulang mengikut citarasa sendiri.
  • Sapukan tangan dengan minyak sebelum bulatkan inti kacang bagi mengelakkan inti melekat.
  • Jika mahu gantikan tepung pau, boleh gunakan tepung gandum tetapi akan menyebabkan berbeza dari segi tekstur dan warna pau.
  • Jika mahu gantikan lemak sayuran, boleh saja gunakan minyak masak.
  • Selain daripada kertas parchment, boleh saja menggunakan kertas A4 ataupun kertas muffin.
  • Susun pau berjarak dalam pengukus dan balut penutup kukusan dengan kain untuk meminimumkan air wap terkena pau yang sedang dikukus.

Ikan Bakar Dan Air Asam

Resepi Pau Kacang Merah

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker