Rusuhan Perancis: Lebih 1,300 penunjuk perasaan ditahan

Rusuhan Perancis: Lebih 1,300 penunjuk perasaan ditahan

Rusuhan Perancis: Lebih 1,300 penunjuk perasaan ditahan

NANTERRE: Polis Perancis menahan seramai 1,311 penunjuk perasaan di seluruh negara semasa rusuhan berlaku empat hari berturut-turut selepas insiden polis menembak mati seorang remaja.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri Perancis.

Meskipun, keganasan dikatakan sudah berkurangan berbanding malam sebelumnya, kementerian masih melaporkan ribuan tangkapan di seluruh negara.

Selain itu, kementerian turut memaklumkan sekurang-kurangnya 200 polis cedera ketika pasukan keselamatan berusaha memulihkan keadaan sejak rusuhan tercetus.

Dilaporkan, protes memuncak di bandar Marseille, Lyon, Grenoble dan beberapa bahagian di Paris.

Beberapa gambar tular dalam media sosial menunjukkan letupan menggegarkan kawasan pelabuhan lama Marseille.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?


Pihak berkuasa memaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca letupan dan percaya tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Di Marseille, perusuh merompak sebuah kedai menjual senjata dan bertindak mencuri beberapa senapang memburu.

Malah, seorang individu ditangkap dengan senapang yang dipercayai dicuri dari kedai berkenaan.

Bangunan dan kenderaan dibakar selain premis perniagaan turut dirompak.

Kira-kira 45,000 anggota keselamatan dikerahkan untuk menangani rusuhan yang menggegarkan bandar raya Perancis.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding 40,000 anggota polis dikerahkan sebelum ini untuk menjaga keamanan selepas rusuhan dijangka berterusan.

Rusuhan itu tercetus akibat tindakan seorang polis menembak mati Nahel, 17, ketika pemeriksaan trafik di pinggir bandar Paris Selasa lalu.

Nahel ditembak ketika dikatakan cuba melarikan diri semasa ditahan polis selepas didakwa melanggar peraturan lalu lintas ketika memandu kereta di pinggir ibu kota Paris. – AFP/AP/REUTERS/AGENSI

Rusuhan Perancis: Lebih 1,300 penunjuk perasaan ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker