Pemilihan UMNO : Siapa calon proksi Muhyiddin dan Mahathir?

 

Berdasarkan sumber yang kami perolehi , kedua dua individu Tan Sri Muhyiddn Yassin dan Tun Mahathir dijangka tidak akan lepaskan peluang pada pemilihan UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Ini kerana gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi  dikira sebagai ‘amat merbahaya’ kepada kedua dua TSMY dan Tun Mahathir.

Selain kepentingan perniagaan kroni dan proksi terjejas dan beberapa perkara akan terdedah termasuk kes kes mahkamah yang sedang berlangsung , turut merisaukan kedua mereka ini ada lah kes kes penyelewengan lalu dan juga campurtangan serta salah guna kuasa yang belum disiasat atau dibuka kes.

Maka, kerisauan sebegini tidak boleh diteruskan , tambah lagi jika ia bersekedudukan sama sehingga PRU16.



Atas sebab ini, selepas hilang peluang pada PRU15 yang lalu , maka kedua TSMY dan Tun M dijangka akan campurtangan pada pemilihan UMNO yang akan datang.

Cara nya mudah sahaja.

Ia itu memastikan calon calon tertentu yang bertanding pada pemilihan memenang kerusi teratas kepimpinan UMNO lalu perguna mereka untuk mencampai Hasrat.

Rancangan yang kami dapat tahu dari sumber ada lah kemungkinan TSMY dan Tun Mahathir akan meletak kan calon proksi dan membantu dari segi dana dan sebaran media.



Calon yang dipilih ini pula akan memastikan Presiden sedia ada dan juga timbalan nya ditewaskan dan digantikan dengan satu set kepimpinan yang akur kepada kehendak kedua ‘orang luar’ ini.

Ancaman akan didakwa dan juga kes kes yang dihalang seperti kes bekas Gabenor dan kes Hakim Nazlan sangat merisaukan kedua mereka ini yang dipercayai ada peranan dalam nya.

Selain itu, projek projek 5G dan HSR juga sedang disiasat , maka ia perlu negosiasi untuk menghalang nya.

Ini belum lagi kes wang puluhan juta dari dalam bilik, perbelanjaan RM97 bilion ketika PKP, Pulau Batu Puteh dan campurtangan perlantikan hakim.

Maka cara yang terbaik ada lah mengambil kuasa dari Presiden dan Timbalan Presiden sedia ada pada pemilihan dengan menggantikan nya dengan seorang calon proksi sebagai Presiden dan seorang lagi sebagai Timbalan Presiden.

Apabla mereka ini menang jawatan, mereka di harap akan membuat negosiasi baru dengan Anwar dan Pakatan Harapan dan membida UMNO dan BN akan keluar dari PH jika tuntutan tidak dilayan.

Ini lah dianggap sebagai “Last opportunity” bagi kedua dua TSMY dan Tun Mahathir untuk ‘survival’ atau untuk elak dari di ‘expose’ perihal mereka sebenar oleh kerajaan PH dan Ahmad Zahid Hamidi.

Pesoalan kini , “Siapa kah calon proksi itu”?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker