Polis tahan 2 lelaki Myanmar dalang kegiatan pecah kedai

Polis tahan 2 lelaki Myanmar dalang kegiatan pecah kedai

Polis tahan 2 lelaki Myanmar dalang kegiatan pecah kedai
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Myanmar ditahan kerana disyaki mendalangi kegiatan pecah kedai di sekitar Ampang Jaya, dalam tangkapan berasingan pada Jumaat lalu dan semalam.

Mereka ditahan selepas sebuah kedai pakaian di Jalan 6/5 Taman Komersial Pandan Indah, dipecah masuk pada pagi Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian disedari pada jam 9 pagi oleh seorang pekerja selepas mendapati pintu masuk di tingkat satu dalam keadaan terbuka.



“Kunci mangga pintu depan didapati dipotong dan pemeriksaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu menunjukkan dua lelaki asing memecah masuk kedai dan melarikan pelbagai barangan dianggarkan bernilai RM10,000.

“Susulan aduan diterima, kita menahan seorang suspek kira-kira jam 11.40 pagi pada hari kejadian, manakala suspek kedua ditahan pada jam 1.20 pagi semalam, kedua-duanya di Pandan Indah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati dua suspek, masing-masing berusia 20 dan 22 tahun itu tidak bekerja dan ujian saringan air kencing menunjukkan kedua-duanya positif dadah jenis amphetamine.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Katanya, semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau dan menerusi tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk komputer riba, peti simpanan duit, jam tangan berjenama dan pelbagai telefon bimbit.



“Modus operandi mereka ialah memecah masuk premis kedai dan melarikan barang berharga. Hasil siasatan mendapati, kumpulan ini dipercayai mendalangi sekurang-kurangnya dua kes pecah kedai.

“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu melakukan kesalahan pecah premis untuk tujuan mencuri,” katanya.

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?



Polis tahan 2 lelaki Myanmar dalang kegiatan pecah kedai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button