Resepi Yong Tau Fu

Resepi Yong Tau Fu
Resepi Yong Tau Fu

 

Che Nom ni masih dalam mood rindu menu pasar malam, jadi kali ni jom kita tengok resepi untuk Yong Tau Foo berkuah hitam dan merah yang pekat dan mempunyai gabungan pelbagai rasa. Ada satu lagi jenis yang berkuah sup tapi Che Nom tak kongsi lah yang sup tu. Kalau nak cerita pasal kuah, kuah merah perlu ada rasa pedas dan berlemak juga aroma dari bawang putih. Kuah hitam pula yang paling tentukan sedap tak sedap, kena ada rasa rasa manis, rasa udang dari satu bahan penting yang Che Nom akan tunjuk nanti. Dan juga gabungan perbagai bahan-bahan yang menggunakan soya tu betul-betul naikkan rasa sedap kuah hitam. Bila kita hidang bersama kuah merah, memang lengkap lah rasa. Boleh buat berniaga!

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kuah merah:
    • 3-5 ulas bawang putih
    • 7-10 tangkai cili kering
    • 2-3 tangkai cili padi
    • 1 biji cili merah (pilihan)
    • 2 sudu besar kacang tanah
    • 1 sudu besar tepung gandum
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • cawan air
    • 2 sudu besar sos cili
    • 2 cawan air
    • kiub pati ayam
    • Garam secukup rasa
    • Gula secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk kuah hitam:
    • 3 sudu besar petis udang
    • 3 cawan air
    • 2 sudu besar tepung gandum
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • 1 keping besar gula nisan (atau anggaran 4 sudu besar gula perang)
    • Sedikit air rebusan udang
    • Garam secukup rasa
  • Bahan-bahan untuk kuah rebusan:
    • 2 liter air
    • 1 kuib pati ayam
    • Sedikit garam
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • Makanan sejuk beku
    • Sotong rendam
    • Kangkung
    • Serbuk kacang tanah
    • Bijan

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk kuah merah:
    1. Kisar halus bawang putih, cili padi, cili merah (pilihan), rendaman cili kering, kacang tanah goreng dengan sedikit air.
    2. Bancuh tepung gandum dan tepung jagung dengan air sehingga tepung larut sekata.
    3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus serta sos cili sehingga masak dan pecah minyak. Tambah air dalam bahan tumisan setiap kali kering sebanyak tiga kali dan ulang masak.
    4. Masukkan pati ayam (pilihan), air, bancuhan tepung dan garam secukup rasa.
    5. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
  2. Cara-cara untuk hitam:
    1. Masukkan ke dalam mangkuk sedikit air lalu campurkan bersama taucu, kicap manis, kicap caramel, sos tiram dan petis udang.
    2. Kisar halus bahan campuran, air, tepung jagung dan tepung gandum.
    3. Masak bahan kisar halus, gula nisan, sedikit air rebusan udang (pilihan), garam secukup rasa dengan api yang perlahan. Kacau perlahan bahan sehingga mendidih, pekat dan kuah menjadi lebih gelap.
  3. Cara-cara untuk taburan:
    1. Kisar kasar kacang tanah goreng.
    2. Sangai bijan seketika dengan api yang perlahan sehingga naik bau.
  4. Cara-cara untuk Yong Tau Fu:
    1. Panaskan air lalu masukkan pati ayam dan sedikit garam.
    2. Rebus seketika bahan-bahan makanan sejuk beku seperti bebola, stik ketam dan selainnya sehingga masak.
    3. Ulang rebus untuk sotong rendam sekurang-kurangnya dalam 4-5 minit dan celur kangkung dalam masa 30 saat.
    4. Gunting bahan bahan rebusan kepada ketulan kecil.
    5. Kemudian, hidang dengan tuang kedua kuah hitam dan kuah merah serta taburan serbuk kacang tanah dan juga bijan.

 

Tip:

 

  • Kepekatan kuah merah boleh ditambah dengan bancuhan tepung tetapi jangan terlalu pekat kerana kuah akan menjadi lebih pekat apabila kuah sejuk.
  • Petis udang boleh digantikan dengan belacan bakar untuk bahan kuah hitam.
  • Bagi menambah kesedapan kuah hitam yang perlu adanya rasa yang cukup manis, letakkan antara gula nisan atau gula melaka ataupun gula perang ke dalam kuah.
  • Kuah rebusan akan lebih sedap dengan menggunakan air rebusan stok ayam ataupun sayur berbanding dengan air putih sahaja.

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

Resepi Yong Tau Fu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker