Sah! Hj Hadi bukan lagi Duta Khas PM

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Sah! Hj Hadi bukan lagi Duta Khas PM

Presiden PAS, Tan Sri Hj Hadi Awang sah bukan lagi Duta Khas Timur Tengah selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jawatan Duta Khas Timur Tengah disandang Hj Hadi buat pertama kali selepas beliau dilantik Muhyiddin Yassin pada 2 April 2020 dan berakhir pada 16 Ogos 2021.

Sah! Hj Hadi bukan lagi Duta Khas PM

Ismail Sabri kemudian menyambung semula lantikan tersebut pada 3 September 2021, selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Muhyiddin Yassin.

Selepas Ismail Sabri menamatkan jawatan beliau selaku Perdana Menteri, jawatan Duta Khas Timur Tengah juga secara automatik gugur.

Duta Khas Perdana Menteri Malaysia (Inggeris: Special Envoy of the Prime Minister of Malaysia) atau juga dirujuk sebagai Duta Khas Malaysia merupakan individu, kebiasaannya ahli politik, yang dilantik dengan peranan khusus bagi memperkukuh hubungan Malaysia dengan negara-negara berkaitan melibatkan kepentingan ekonomi dan persamaan kebudayaan[1].

Jawatan ini berlainan dengan pelantikan Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi, kerana tidak dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara, tetapi dilantik secara langsung oleh ketua kerajaan (eksekutif) negara, Perdana Menteri Malaysia[2]. Mereka kerap dilantik setaraf jawatan Menteri. – Wikipedia

Ini selaras dengan rujukan yang menyatakan jawatan tersebut merupakan jawatan lantikan oleh Perdana Menteri yang memegang jawatan ketika itu. Berbeza dengan jawatan Duta Besar atau Pesuruhjaya Tinggi yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong.

Duta Khas kebiasaanya mempunyai sebuah pasukan pegawai yang mempunyai empat hingga lapan orang individu, kebiasaannya merangkumi setiausaha sulit kanan, pegawai khas, dua orang pembantu khas dan pegawai keselamatan pengiring – Rujukan jawatan lantikan Duta Khas

Buat masa ini, Anwar belum memutuskan samada mahu melantik Duta Khas yang baru atau tidak dan sebarang keputusan adalah merupakan hak seorang Perdana Menteri.

Jadi tidak timbul sebarang kemusykilan dan Hj Hadi tidak lagi boleh mendakwa beliau masih merupakan Duta Khas (bertaraf Menteri) di bawah Kerajaan Perpaduan memandangkan beliau bersama Perikatan Nasional.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker