Anggota tentera nafi tuduhan rompak wanita Vietnam guna pisau

Anggota tentera nafi tuduhan rompak wanita Vietnam guna pisau
Anggota tentera, Muhammad Mursyidien Azrai Nawi nafi samun wanita Vietnam di sebuah hotel. – NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

Anggota tentera nafi tuduhan rompak wanita Vietnam guna pisau

MELAKA: Anggota tentera dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas tuduhan merompak wang tunai dan dua telefon bimbit milik wanita warga Vietnam pada akhir Ogos lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Mursyidien Azrai Nawi, 23, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap pengakuan itu sejurus dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, pegawai pangkat rendah itu didakwa dengan niat melakukan rompakan bersenjata menggunakan pisau dan melarikan wang tunai RM1,800 dan dua telefon bimbit iPhone 3 Plus dan Huawei milik Huynh Anh Loan di bilik sebuah hotel di Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya, pada jam 6.50 petang 31 Ogos lalu.

Tertuduh yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah, Kuala Lumpur dan bertugas di Kem Terendak, Sungai Udang, dekat sini, didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 397 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari yang menjalankan pendakwaan mencadangkan jaminan RM20,000 bagi melepaskan tertuduh sementara perbicaraan kes selesai.

Peguam Ishak Mohd Kari bagaimanapun memohon jaminan rendah dengan alasan anak guamnya hanya anggota tentera berpangkat rendah dan perlu menanggung ibu bapa berusia lebih 65 tahun yang uzur.

Katanya, anak guamnya tiada alasan melarikan diri apabila sebelum ini diberi jaminan polis dan memberikan kerjasama penuh apabila diminta hadir ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 14 Februari depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu

Anggota tentera nafi tuduhan rompak wanita Vietnam guna pisau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker