Aplikasi TikTok diharamkan pada peranti rasmi Ahli Dewan Rakyat AS

WASHINGTON: Aplikasi video popular China, TikTok diharamkan daripada semua peranti di Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS), sekali gus dilihat meniru undang-undang melarang aplikasi itu daripada peranti kerajaan negara itu yang bakal berkuat kuasa.

Ketua Pegawai Pentadbiran (CAO) Dewan dalam arahan yang dihantar kepada semua penggubal undang-undang dan kakitangan, semalam berkata, aplikasi berkenaan dianggap ‘berisiko tinggi disebabkan oleh beberapa isu keselamatan’ dan mesti dipadamkan daripada semua peranti yang dimiliki.

Peraturan baharu itu susulan langkah kerajaan negeri AS untuk mengharamkan peranti kerajaan memuat naik TikTok, yang dimiliki oleh ByteDance Ltd dan berpangkalan di Beijing.

Setakat minggu lalu, sekurang-kurangnya 19 negeri menyekat sebahagian aplikasi daripada peranti yang diuruskan oleh kerajaan kerana kebimbangan terhadap kerajaan China boleh menggunakan aplikasi itu untuk menjejaki warga AS dan menapis kandungan.

Rang undang-undang perbelanjaan ‘omnibus’ AS$1.66 trilion (RM7.34 trilion) diluluskan minggu lalu untuk membiayai kerajaan AS sehingga 30 September 2023, termasuk peruntukan untuk mengharamkan aplikasi pada peranti yang diuruskan oleh persekutuan dan akan berkuat kuasa sebaik sahaja Presiden Joe Biden menandatangani Rang Undang-Undang (RUU) itu menjadi undang-undang.

“Dengan kelulusan ‘omnibus’ yang melarang TikTok dimuat naik dalam peranti pihak eksekutif, CAO bekerjasama dengan Jawatankuasa Pentadbiran Dewan untuk melaksanakan dasar yang sama untuk Dewan,” kata jurucakap Ketua Pegawai Pentadbiran kepada Reuters, semalam.

Arahan kepada kakitangan adalah, sesiapa sahaja yang mempunyai TikTok pada peranti mereka akan dihubungi untuk ia di nyah keluar dan muat turun aplikasi pada masa hadapan juga dilarang.

TikTok sehingga kini masih belum mengulas mengenai peraturan baharu itu.

Ketika ini, penggubal undang-undang AS sudah mengemukakan cadangan untuk melaksanakan larangan di seluruh negara terhadap aplikasi itu.

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker