Chelsea akhiri kemarau kemenangan

LONDON: Pengendali Chelsea memuji reaksi anak buahnya yang menamatkan deretan lima perlawanan tanpa kemenangan sebelum rehat Piala Dunia dengan menewaskan Bournemouth 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Kai Havertz dan Mason Mount menemui sasaran dalam tempoh 24 minit untuk kembali meletakkan Chelsea dalam pemburuan ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Chelsea kini melonjak ke tangga kelapan liga dan ketinggalan enam mata di belakang kelompok empat teratas.



“Anda perlu menggunakan tempoh rehat dengan sebaiknya. Ia peluang untuk penilaian semula dan mendapatkan kembali pemain-pemain yang cedera,” kata Potter.

Bagaimanapun kemenangan itu dibayangi kecederaan terhadap pertahanan, Reece James yang baru pulih daripada kecederaan lutut yang membuatkannya tercicir daripada skuad Piala Dunia England.

Potter, yang cuba mengelak kekalahan liga keempat berturut-turut Chelsea buat pertama kali sejak tahun 1998, menurunkan Denis Zakaria dalam kesebelasan utama buat kali pertama.



Raheem Sterling membuat umpanan untuk Havertz bagi gol pertama Chelsea pada minit ke-16. Mount menambah jaringan lapan minit kemudian menerusi rembatan dari luar kotak penalti.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button