Geng curi barang kosmetik, pakaian tumpas

Geng curi barang kosmetik, pakaian tumpas

Geng curi barang kosmetik, pakaian tumpas
Antara barangan dipercayai hasil curi yang dirampas pihak polis.- Foto Ihsan Polis

SUBANG JAYA: Kegiatan sekumpulan individu mencuri barangan kosmetik dan pakaian di premis jualan terbongkar dengan penahanan lima suspek di sekitar Lembah Klang pada 22 dan 26 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan kes kecurian daripada seorang jurujual wanita di sebuah kedai kosmetik di One City, Jalan USJ 25/1A, di sini.

“Kejadian itu disedari oleh pengadu kira-kira jam 12 tengah malam pada 2 Disember lalu apabila mendapati 24 barangan kosmetik pelbagai jenis bernilai RM4,667 yang berada di rak jualan hilang.

“Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati jam 3.30 petang pada 1 Disember lalu terdapat empat wanita yang mencuri barangan kosmetik berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Wan Azlan berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menahan seorang wanita di Jalan Resak, Klang, pada 22 Disember lalu.

“Susulan tangkapan itu, kami menahan tiga lagi wanita dan seorang lelaki di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Peel, Kuala Lumpur pada 26 Disember lalu.

“Semua suspek yang ditahan berusia antara 33 hingga 45 tahun. Kami turut merampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora, 76 baju, 28 seluar dan 63 pakaian kanak-kanak dan beberapa barangan kosmetik pelbagai jenama,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal dilakukan mendapati suspek dipercayai terbabit dalam beberapa kes di sekitar daerah ini, Klang, Petaling Jaya, Sepang dan Shah Alam.

“Dengan penahanan kelima-lima suspek berkenaan, kami percaya pihak polis berjaya menyelesaikan 13 kes dengan lapan daripadanya membabitkan daerah ini,” katanya.

Katanya, semua suspek direman sehingga 29 Disember ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 10 tahun dan denda atau sebat.

 

Sindiket seludup migran tumpas

 

Geng curi barang kosmetik, pakaian tumpas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker