Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?

Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?

Konsesi dan hak ke atas mengurus Menara KL dimiliki oleh Menara KL Sdn Bhd.

Ianya bukan suatu perniagaan yang merugikan.

Tetapi suatu perniagaan yang menjana keuntungan bersih berpuluh-puluh juta ringgit setiap tahun kepada Telekom Malaysia Berhad.



Baca di sini:

Menara KL Sdn Bhd Financial Statement

Menara KL Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh Telekom Malaysia Berhad dan pemegang saham terbesar TM ialah Khazanah.

Manakala Menara KL pula adalah aset strategik yang penting milik kerajaan kerana ianya bersangkutan dengan keselamatan negara.



Konsesi Menara KL dengan Telekom Malaysia Berhad telah tamat sebelum PRU-15.

Ia perlu dipulangkan semula kepada kerajaan atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia di bawah Annuar Musa ketika itu.

Tawaran juga telah dibuka kepada beberapa pihak bagi mengurus Menara KL kerana ia bukan lagi milik TM.

Namun dilaporkan KKMM ketika itu menyambung konsesi Menara KL Sdn Bhd milik TM itu berdasarkan keputusan makmal pengurusan nilai (VMLAB) cadangan pelanjutan konsesi kontrak Menara Kuala Lumpur Mac 2021.

Aset itu kini milik kerajaan dan tidak boleh dijual tanpa kelulusan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Aset Kerajaan (JPAK) ialah Ketua Setiausaha Negara.

Jadi tak mungkin aset milik kerajaan ini dijual sesuka hati.

Konsesi Puluhan Juta Di Jual Kepada Syarikat Yang Bermasalah?

 

Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?

Sumber mendedahkan terdapat beberapa dokumen yang membuktikan kononnya konsesi dan hak mengurus Menara KL telah dijual secara senyap-senyap kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

Baca di sini:

http://sabahkini2.com/en/news/5272/skandal-kl-tower-gf-siapa-di-syarikat-hydroshoppe-beli-murah-menara-kl-sdn-bhd-rm38-juta-dapat-saham-tm-10-juta/view

Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang bermasalah sejak dari tahun 2016.

Persoalannya ialah mengapa konsesi yang boleh membawa keuntungan berpuloh juta ini diserahkan kepada sebuah syarikat yang bermasalah?

Lebih meragukan lagi, penjualan itu dilakukan dengan harga di bawah pasaran.

Dengan hanya membayar RM3.8 juta, Hydroshoppe Sdn Bhd dikatakan telah memiliki sebanyak 10 juta saham Menara KL!!!

Secara fisikal, dengan hanya membayar RM3.8 juta, Hydroshoppe kini mempunyai aset yang bernilai RM22.9 juta!!!

Kementerian Komunikasi & Digital mesti membuat siasatan terhadap pembongkaran ini.

Beberapa persoalan perlu dijawab untuk meleraikan beberapa kemusykilan dan persoalan yang timbul:

  • Mengapa konsesi ini dijual kepada syarikat yang telah terbukti bermasaalah?
  • Mengapa ianya dijual dengan harga yang jauh di bawah pasaran?
  • Siapa sebenarnya di belakang syarikat ini yang mengaut keuntungan puluhan juta ringgit dalam sekelip mata?

Kita tidak menuduh mana-mana individu, tetapi sekiranya siasatan dilakukan dengan telus, rakyat pasti akan dapat kluster mahkamah yang baharu.

 

Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker