Kapal terbalik, 27 pelancong diselamatkan dari laut

Kapal terbalik, 27 pelancong diselamatkan dari laut

Kapal terbalik, 27 pelancong diselamatkan dari laut
KAPAL itu terbalik susulan ombak besar. FOTO The Nation

Bangkok: Dua puluh tujuh pelancong asing diselamatkan dari laut selepas katamaran (sejenis kapal layar) dinaiki mereka terbalik di Pattaya, Thailand, Sabtu lalu, lapor The Nation.

Pasukan penyelamat, pegawai Lembaga Pelabuhan, dan polis pelancong menghantar bot untuk membantu pelancong itu, selepas mereka terkandas kira-kira tiga batu nautika dari Koh Larn iaitu sebuah pulau berdekatan.

Katamaran dinaiki mereka tiba-tiba terbalik selepas berdepan ombak kuat kira-kira 6 petang.

Pasukan penyelamat membawa 27 pelancong Rusia dan tiga anak kapal ke darat. Kebanyakan mereka mengalami kecederaan dan tanda-tanda terkejut dan tertekan akibat kejadian itu.Mereka menerima rawatan perubatan awal, sebelum lima pelancong dipindahkan ke hospital.

Kapal bernama Sea Beach itu direka untuk memuatkan kira-kira 40 penumpang.

Kapten kapal itu berkata, dia membawa kira-kira 30 pelancong Rusia ke Koh Larn pada waktu pagi untuk pesta dan aktiviti air, dan mula mengangkut mereka pulang ke hotel mereka, pada sebelah malam.

Bagaimanapun, selepas menempuh jarak yang agak jauh, ombak kuat merosakkan kapal berkenaan, menyebabkan penumpang terjatuh ke dalam laut.

Pihak Berkuasa Pelabuhan menaikkan bendera merah pada waktu pagi, amaran yang berkesan menghalang bot-bot kecil meninggalkan pantai Pattaya kerana laut bergelora.

Polis membawa kapten kapal dan pemiliknya untuk disoal siasat dan menghadapi prosiding undang-undang.

Polis berkata, pelancong itu bernasib baik kerana dapat menyelamatkan diri tanpa ada yang kehilangan nyawa.

Bagaimanapun, mereka menekankan keperluan untuk meningkatkan kesedaran terutama dalam kalangan pengusaha bot pelancongan berhubung amaran bendera merah.

Mereka menggesa kerjasama dan pematuhan daripada pengusaha perniagaan untuk memastikan keselamatan pelancong dan harta benda.

Kapal terbalik, 27 pelancong diselamatkan dari laut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker