Nadiyah Shahab nak anak kembar, sedia jadi ibu sepenuh masa

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Nadiyah Shahab dan suaminya, usahawan Ben Ali bersedia untuk mempunyai cahaya mata.

Nadiyah, 31, menyatakan sudah tiba masa yang tepat untuk dia melangkah ke satu fasa baharu dalam hidup iaitu bergelar ibu.

Kata pemilik nama Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, sebelum ini dia terlampau sibuk dengan dunia bisnes dan bidang lakonan selain baharu sahaja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Singapura.

“Ketika awal perkahwinan, kami merasakan hanya bersedia untuk bergelar ibu bapa selepas kerja selesai. Tetapi kami belajar bahawa tidak ada kerja yang akan selesai kerana akan sentiasa ada perancangan baharu.

“Memandangkan kami dah buang masa tiga tahun, jadi saya harap dikurniakan anak kembar sebab keluarga saya ada banyak sejarah anak kembar.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini berkahwin pada 10 November 2018 di The Ballroom at East Coast, Singapura.

Dalam pada itu, pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu berkata sekiranya ada rezeki anak, dia ingin menjadi suri rumah dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyeri rumah tangganya dengan Ben.

Katanya lagi, dia ingin menikmati setiap momen melihat perkembangan anak dan bukannya dilepaskan sepenuhnya kepada pembantu rumah.

“Sejak beberapa tahun lepas saya sudah puas bekerja, belajar. Jadi saya beritahu Ben, bila sudah ada anak saya mahu beri tumpuan kepada anak.

“Saya nak menikmati perjalanan sebagai ibu dan merasa pengalaman membesarkan anak sendiri. Saya tak mahu mengandung, kemudian melahirkan dan tinggalkan anak begitu sahaja dengan pembantu untuk dijaga,” katanya.

Ohbulan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker