Adik maut, kakak parah dirempuh kereta

Adik maut, kakak parah dirempuh kereta

Adik maut, kakak parah dirempuh kereta
Keadaan kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Pekan Gurney. – NSTP/Ihsan JBPM

SITIAWAN: Seorang penunggang motosikal maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan di Jalan Pekan Gurney, dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Azizi Zakaria, berkata sebuah kereta dipandu seorang lelaki bertembung dengan motosikal ditunggangi dua beradik.

Menurut Mohd Azizi, akibat perlanggaran itu, Mohammad Azman Faizal, 20, yang menunggang motosikal maut di tempat kejadian, manakala kakaknya, Siti Norazualina Faizal, 26, parah.

“Berdasarkan maklumat dari saksi kejadian, kereta masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal.

“Pemandu kereta yang berumur 33 tahun itu dikeluarkan oleh orang awam dan turut parah,” kata Mohd Azizi ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Azizi, kedua-dua mangsa yang parah diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Seri Manjung, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, pihak BBP Sitiawan menerima panggilan kecemasan jam 12.35 tengah malam. Operasi menyelamat ditamatkan jam 1.47 pagi.

Dua maut, tujuh cedera kemalangan dua kenderaan

Adik maut, kakak parah dirempuh kereta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker