Anak Restu Mak Kahwin Lelaki Muda Berusia 23 Tahun
Perkahwinan yang memiliki jarak usia yang jauh bukanlah satu isu yang besar. Begitulah kisah seorang ibu yang diizinkan anaknya untuk bercinta kembali dan akhirnya dikurniakan seorang ‘suami muda’.
Ayah tiri muda
Menerusi video yang dimuat naik individu tersebut di TikTok, ibunya berusia 60 tahun manakala ayah tirinya difahamkan berusia 23 tahun. Semestinya, perkongsian itu menarik perhatian warganet kerana perbezaan jarak usia mereka yang jauh.
Ceritanya lagi, dia pula berjumpa dengan jodoh selepas ibu bernikah dengan ayah tiri. Apa yang lagi mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila bapa tirinya lima tahun lebih muda dari suaminya dan 12 tahun muda dari dirinya.
Walau bagaimanapun, umur tidak menjadi penghalang kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
@ecacuwitcawer semua dah tertulis 🫶 #suamimuda #pengantinviral ♬ suara asli – hierapsz.
Umur hanyalah angka
Di ruangan komen, rara-ratanya menyatakan umur tidak penting asalkan mampu menjaga pasangan dengan sebaik mungkin. Selain itu, ada juga yang mengingatkan bahawasanya jodoh di tangan Allah SWT.
Sumber: Tiktok @ecacuwitcawer