Dua termasuk pemandu bas cedera nahas dua kenderaan

Dua termasuk pemandu bas cedera nahas dua kenderaan

Dua termasuk pemandu bas cedera nahas dua kenderaan
Bahagian depan bas remut dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan buah-buahan di KM 317.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan ,awal pagi tadi. – Foto ihsan PDRM

TAPAH: Seorang pemandu bas ekspres dan seorang penumpang cedera dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 317.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan ,awal pagi tadi.

Pemandu berusia 42 tahun cedera di perut, manakala seorang penumpang wanita berumur 28 tahun luka di dagu dalam kejadian jam 2.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata ketika kejadian bas ekspres yang membawa 16 penumpang dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Kuala Lumpur.

Katanya, kejadian membabitkan dua kenderaan iaitu bas ekspres dan lori muatan buah-buahan yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Selayang, Selangor.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian dipercayai lori dalam perjalanan ke Selayang, Selangor tiba-tiba dilanggar bas ekspres dari belakang.

“Dalam kejadian terbabit pemandu bas ekspres berumur 42 tahun cedera di bahagian perut dan seorang lagi penumpang bas perempuan berumur 28 tahun cedera di bahagian dagu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Azharuddin berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan dan pemandu lori yang berumur 26 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Lelaki maut, kanak-kanak cedera van bertembung bas ekspres

Dua termasuk pemandu bas cedera nahas dua kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker