Kerajaan Anwar dianggap ada kredibel jika dakwa Zeti sebelum 100 hari pemerintahan.

 

Kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mendakwa Bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz dengan kadar segera sebelum 100 hari pemerintahan.

100 hari boleh dianggap sebagai ‘report card” pada setiap pemerintah baru ambil alih.



Ini sebagai membuktikan kenyataan Anwar Ibrahim sendiri tentang pendirian kerajaan nya menolak korupsi.

Kes Zeti Aziz ada lah ‘ready case’ yang telah pun lengkap siasatan nya dan masih berada di meja Peguam Negara yang masih belum bertindak lagi.

Ia bukan kes yang baru hendak diarah siasat atau kes seperti kes perbelanjaan RM92 bilion dari wang RM600 bilion ketika darurat atau kes wang berpuluh juta dalam bilik.



Tun Mahathir telah ditolak rakyat pada PRU15 kerana rakyat sudah tidak anggap Mahathir releven “:dengan cakap tidak serupa bikin” nya.

Rakyat sudah anggap Tun Mahathir sebagai bersandiwara dan auta sahaja apabila bercakap berkenaan rasuah.



Ini kerana rakyat melihat Tun Mahathir penuh kepalsuan apabila tidak mendakwa kuncu kuncu nya dalam beberapa kes yang membabitkan pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Najib Razak dan juga Ahmad Zahid Hamidi.

Semua kuncu nya dibiarkan bebas sambil DSNR dan DAZH sahaja yang didakwa.

Maka , atas sebab yang sama , DSAI perlu segera mendakwa Zeti yang kes nya masih tidak diketahui status setelah kesemua agensi selesai siasatan.

Mungkin, hal ini tidak menonjol atau tidak di ‘highlight’kan jika Anwar sendiri tidak berzikir menolak rasuah berulang kali.



Maka, jika Mahathir , Muhyiddin dan Ismail Sabri sudah disyaki bersubahat dan ada peranan membantu melengahkan kes Zeti , maka tentu DSAI perlu lari dari dikategorikan sebagai pemimpin gagal tangani rasuah sama seperti mereka mereka yang disebut diatas.

Jadi , sebelum 100 hari muncul untuk dijadikan kayu pengukur kejayaan pemerintahan DSAI , maka elok DSAI desak supaya Zeti dibawa ke muka pengadilan dan dibiarkan tanpa sebarang gangguan dari mana mana pihak untuk mencampuri urusan kes demi keadilan.

DSAI perlu buktikan , dan bukan cakap berdegar degar tolak rasuah tetapi sekadar bercakap sahaja seperti Mahathir.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button