Miliki 12 Isteri, 102 Anak & 568 Cucu

Lelaki ‘Serik’ Nak Tambah Lagi Arahkan Isteri Ambil Pil Perancang

Seorang lelaki di Uganda nekad untuk tidak menambah zuriat selepas mempunyai 102 orang anak.

Miliki 102 anak, 568 cucu

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Musa Hasahya mempunyai 12 isteri dan mengarahkan mereka untuk mengambil pil perancang keluarga.



Saya tidak boleh bertolak ansur lagi untuk isteri-isteri saya melahirkan anak kerana sumber terhad. Disebabkan itu, saya menasihati semua isteri saya untuk membuat perancangan keluarga.

Dalam pada itu, dia turut menasihatkan orang ramai untuk tidak memiliki isteri lebih daripada empat memandangkan situasi ekonomi negara berada dalam keadaan tidak baik.

Saya juga tidak menggalakkan orang ramai yang ingin berkahwin lebih daripada empat supaya tidak berbuat demikian kerana situasi ekonomi yang tidak baik.

Lebih mengejutkan, Musa mempunyai 568 cucu serta mempunyai rumah 12 bilik di Bugisa. Disebabkan terlalu banyak anak dan cucu, lelaki berkenaan menyatakan bahawa dia tidak dapat membezakan serta tidak mengenali mereka semua dengan panggilan nama.



Kahwin ketika umur 16 tahun

Difahamkan, lelaki terbabit berkahwin dengan isteri pertamanya, Hanifa selepas berhenti sekolah pada tahun 1971 ketika dirinya berusia 16 tahun dan menjadi bapa buat kali pertama dua tahun kemudiannya.

Sebagai pengerusi kampung dan ahli perniagaan, Musa membuat keputusan untuk menambah bilangan keluarga kerana mempunyai wang dan tanah.

Disebabkan saya ada tanah dan wang, saya buat keputusan untuk kembangkan keluarga saya dengan kahwin dengan ramai wanita.



Walau bagaimanapun, Musa kini meminta bantuan kerajaan dan sedang berusaha untuk mendidik kesemua anaknya.

Sumber : Daily Star

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button