Pemilihan Parti UMNO : Platform untuk Kluster Broker rampas kuasa kepimpinan.
Desas desus bahawa UMNO tidak akan buka dua jawatan tertinggi (Top 2) untuk dipertandingkan masih belum muktamad dan sekadar untuk memancing reaksi umum sahaja.
Namun, kenyataan dan desas desus tu diambil serius oleh banyak pihak terutama nya musuh UMNO dari luar dan juga mereka yang berada didalam kelompok yang di gelar “Kluster Broker” atau juga Kluster ProBunga.
Puak ini lah paling bayak membuat respon dan juga kenyataan melalui media media dan juga media sosial melalui kenyataan pihak ketiga.
Turut menggunakan media Pro mereka ada lah puak puak yang pro kepada Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.
Media media ini membawa pelbagai cara untuk menggalak kan pemilihan Top2 UMNO dibuka kerana ada kepentingan mereka yang mahu orang orang tertentu mengambil alih kepimpinan UMNO.
Antara sebab utama ada lah jawatan dan pembvidaan banyak perkara lain.
Jika berterusan dipimpin oleh golongan ProPresiden Ahmad Zahid Hamidi , maka pro Kluster Broker akan terusan tidak dapat apa apa jawatan dan kedudukan didalam kerajaan.
Hal ni sahaja sudah akibatkan kesukaran.
Lebih derita lagi jika Ahmad Zahid terus menjadi Presiden dan kerajaan , maka lebih banyak ketirisan dan penyelewengan boleh di siasat dan didakwa berkaitan Kluster Broker.
Maka , ini lah antara sebab sebab pemilihan UMNO kali ada lah yang paling sengit membabitkan pihak luar yang berkepentingan terhadap para kluster Broker.
Setelah gagal membuat Zahid berundur melalui kerja sabotaj kempen dan sekatan dana pada PRU15 , maka peluang menjatuhkan Zahid ada lah pada pemilihan UMNO yang akan datang.
Zahid begitu penting untuk djiatuhkan kerana telah menghalang banyak perkara terjadi terhadap UMNO yang dikerah oleh pihak luar yang mengawal Kluster broker.
Kluster Broker dikawal oleh pihak yang tahu banyak perkara berkenaan urusan dan ‘deal deal” yang mereka pernah lakukan.
Boleh dikatakan secara random Kluster broker ada lah Kluster yang juga sepatut berada dimahkamah tetapi dilepaskan untuk tugasan seperti hari ini.
Selain ini , banyak perkara lagi yang mengakibatkan ‘mereka’ seharus mengambil kuasa dari Presiden sedia ada.
Rumusan nya, pemlihan UMNO ada lah ‘platform’ terbaik untuk bawa UMNO kepada Perikatan Nasional di mana condong nya para Broker ini.
Maka, sudah pasti pemilihan UMNO sangat sangat dinantikan oleh Kluster broker bagi mencapai matlamat yang masih gagal.
Pihak luar seperti Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir juga dijangka akan main peranan masing2 untuk memastikan proksi proksi mereka menang sambil tidak mahu terlihat secara terang terangan tetapi aktf di belakang tabir.