Zambry buat lawatan rasmi pertama ke Indonesia

Zambry buat lawatan rasmi pertama ke Indonesia

Zambry buat lawatan rasmi pertama ke Indonesia

ZAMBRY Abdul Kadir pernah bertemu Retno Marsudi ketika sela Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU di Belgium pada 13 Disember lalu. – GAMBAR IHSAN WISMA PUTRAPUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir melakukan lawatan rasmi julung kali ke Jakarta, Indonesia setelah dilantik ke jawatan itu pada 2 Disember lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, dalam lawatan bermula pada hari ini sehingga Jumaat depan itu, beliau akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Merdeka, selain bertemu dengan rakan sejawatnya, Retno LP Marsudi.

Ini perjumpaan kedua beliau dengan Menteri Luar republik itu selepas bertemu ketika sela Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Kesatuan Eropah di Belgium pada 13 Disember lalu.

Lawatan rasmi tersebut ujar kenyataan itu turut mencerminkan sisi hubungan akrab serta begitu komprehensif antara Malaysia dan Indonesia sebagai dua negara jiran terdekat.

Ia juga memberi peluang untuk menilai kemajuan kerjasama dua hala, meneroka potensi baharu serta membincangkan pelbagai usaha bersama bagi menangani cabaran sejagat.

Zambry turut dijadualkan menyampaikan syarahan mengenai isu pengukuhan hubungan antara dua negara berkenaan kepada mahasiswa di Universiti Bina Nusantara, Jakarta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Beliau juga akan mengadakan sesi libat urus bersama Pertubuhan Bisnes Indonesia dan Malaysia, kepimpinan belia Indonesia serta bertemu dispora Malaysia,” jelas Wisma Putra.

Sepanjang tahun lalu, Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia dan ketiga terbesar di peringkat ASEAN dengan nilai perdagangan sebanyak RM95.31 bilion.

Untuk tahun ini pula setakat akhir Oktober lepas, jumlah dagangan tmencecah RM110.44 bilion, meningkat 47.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Hubungan erat dengan Indonesia turut menyaksikan kompleks kedutaan di Jakarta yang dibuka pada 1993 lalu sebagai pejabat misi diplomatik terbesar Malaysia di luar negara.

Terletak di kawasan yang berkeluasan lebih dua hektar, ia turut mengandungi sejumlah 13 agensi Malaysia selain menempatkan Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN.

Ketika ini, Malaysia belum lagi memutuskan siapakah bakal duta besar baharu ke republik itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Datuk Zainal Abidin Bakar sejak 4 April 2021. – UTUSAN

BN belum terima Parti Bangsa Malaysia

Zambry buat lawatan rasmi pertama ke Indonesia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker