Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

SPRM mula memanggil 3 orang saksi dalam siasatan isu penjualan 100% kepentingan Telekom Bhd ke atas Menara KL.

Menurut laporan Malaysiakini, ketiga-tiga saksi itu dipanggil SPRM untuk mendapatkan beberapa dokumen penting.

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/649762

Pada peringkat awal, siasatan SPRM lebih bertumpu kepada kemungkinan wujud unsur rasuah dalam penjualan kesemua saham milik TM kepada Hydroshoppe Sdn Bhd.

SPRM akan menyiasat sama ada wujudnya elemen rasuah dalam penjualan 100 peratus saham TM di dalam Syarikat Menara KL Sdn Bhd (MKLSB) kepada Hydroshoppe Sdn Bhd (HSB) pada Oktober 2022

Sebelum itu, Telekom Bhd telah mengeluarkan kenyataan bahawa tujuan penjualan saham itu adalah supaya Telekom Bnd dapat mmenumpukan perhatian kepada perniagaan teras mereka.



Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/649726

Sebelum itu, Mantan Menteri Komunikasi & Multimedia, Annuar Musa, mengeluarkan kenyataan bahawa penjualan saham tersebut tiada kaitan dengan kementerian itu.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/649518

Sebagaimana yang penulis nyatakan sebelum ini, tidak perlulah mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan awal sebelum siasatan SPRM selesai.

https://my-tv.online/2022/12/29/skandal-menara-kl-annuar-musa-tidak-perlu-menggelabah-biarkan-sprm-siasat/

Berikan SPRM ruang untuk melakukan siasatan pebuh tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak melalui kenyataan media.

SPRM mesti membuat siasatan terperinci kerana Menara KL adalah aset sensitif milik kerajaan yang bersangkutan dengan keselamatan negara.

 

Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker