Kekalkan  Zahid sebagai Presiden jika tiada yang berani mencabar.

Kedudukan parti UMNO hari ni tidak sama seperti sebelum ini.

Jika dulu musuh dari luar sukar gugat UMNO kerana ahli UMNO akan rapatkan saf jika ada serangan atau ancaman datang dari luar parti.

Namun , kedudukan UMNO sekarang sudah berubah.



Diluar UMNO kini ada musuh seperti Tun Mahathir , Muhyiddin Yassin dan beberapa pihak lagi yang kebanyakan datang dari UMNO juga.

Mereka bertindak guna orang UMNO yang masih dalam UMNO.

Tun Mahathir walau semakin tua , namun agenda peribadi nya tidak pernah henti.

Antara agenda peribadinya ada lah menghancurkan UMNO dan orang orang UMNO akhir nya diharap ketiadaan parti lalu akan mencari parti lain seperti Parti Bersatu atau PEJUANG.



Selain mahukan hal ini, Mahathir juga cuba kuasai kepimpinan UMNO dan mengawal Presiden UMNO.

Jika gagal kawal Presiden ikut arahan nya , maka Mahathir akan cipta sesuatu gelaran atau dakwaan supaya Presiden UMNO akan ditolak atau dibenci.

Taktik lapuk Tun Mahathir  masih lagi cuba di amalkan diwaktu ini terhadap Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.

Ia sama seperti dilakukan terhadap Najib Razak dan Abdullah Badawi sebelum ini.



Gagal untuk memaksa Presiden UMNO akur kepada kehendak nya , maka Mahathir telah mencipta pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap Zahid.

Kini , setelah gagal segala nya , termasuk kehilangan deposit pada setiap kerusi, maka Tun Mahathir cuba cara terakhir yang masih ada.

Merampas kuasa UMNO menggunakan calon proksi melawan Zahid pada pemilihan parti akan datang.

Dijangka kan Tun Mahathir tidak akan biar pemilihan parti UMNO berlalu begitu sahaja tanpa ambil kesempatan kerana banyak perkara dan kepentingan nya dalam ancaman.



Muhyiddin Yassin juga sama kedudukan seperti Mahathir.

Keperluan menukar Presiden UMNO yang kini Timbalan Perdana Menteri ada lah satu kemestian untuk keselematan dan agenda “Sceme of things” Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO yang tidak dapat dipulas adalah Presiden UMNO yang merbahaya untuk kepentingan Mahathir dan Muhyiddin seperti Zahid.

Mahathir dan Muhyiddin suka yang seperti Datuk Ismail Sabri, senang dipulas, tidak berani dakwa Zeti , tidak berani tukar Peguam Negara dan macam macam lagi.



Kini , pemilihan kepimpinan UMNO sudah tiba masa nya dalam beberapa bulan lagi.

Kekecohan sama ada jawatan dua teratas akan dipertandingkan atau tidak akan diserah kepada ahli bawahan untuk dibuat keputusan.

Pemilihan jawatan kali in diambil kira dengan ada ancaman dari musuh desperado yang mahu kepimpinan UMNO dibawah kawalan mereka seperti yang dilakukan terhadap Ismail Sabri.

Di jangka banyak wang akan ditaburkan untuk memenuhi Hasrat mereka yang terpaksa menukar kepimpinan untuk membantu melindungi kepentingan mereka.



Antara kepentingan adalah membida kes kes yang bakal di buka oleh kerajaan perpaduan terhadap mereka.

Maka , melihat kepada masalah keseluruhan , jika tiada calon yang berani atau sekeras kepala umpama Zahid Hamidi melawan musuh musuh UMNO elok sangat Zahid dikekalkan.

Presiden UMNO yang baik dan bagus ada lah Presiden yang dibenci oleh Tun Mahathir dan Muhyiddn Yassin.

Jika yang ingin bertanding melawan Zahid itu berani setara Zahid, maka mungkin elok bertanding , namun jika pencabar itu mesra Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin dan sekadar benci Zahid sahaja , elok sangat kekalkan Zahid sebagai Presiden UMNO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button