Dua lelaki ditahan kes gaduh depan Pasar Bentong

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan Pasar Bentong

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan Pasar Bentong
Tangkap layar kejadian pergaduhan di Bentong.

BENTONG: Penularan satu rakaman video pergaduhan yang berlaku di daerah ini, kira-kira jam 3 pagi pada 23 Januari lalu membawa kepada penangkapan dua lelaki warga tempatan berkaitan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitenden Zaiham Mohd Kahar, mengesahkan kejadian pergaduhan di daerah itu.

Beliau berkata, susulan penularan rakaman video di laman sosial milik “Aung Phyo Thu”, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menahan dua suspek berusia 21 dan 22 tahun kira-kira jam 3.45 petang pada 25 Januari lalu bagi membantu siasatan.



Katanya, mangsa seorang lelaki warganegara tempatan berusia 18 tahun yang juga pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

“Mangsa telah membuat laporan polis kira-kira jam 4.13 petang pada 23 Januari lalu.

“Siasatan awal berdasarkan rakaman percakapan mangsa mendapati, mangsa dan abangnya dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di hadapan Pasar Bentong,” katanya.

Zaiham berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.



“Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama masyarakat dalam kes ini kerana telah menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditahan.

“Pihak polis memohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

 

6 ditahan disyaki gaduh di hadapan klinik

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan Pasar Bentong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker