Pembantu Rumah Kakak Aliff Syukri Berjaya Diberkas

β€œSaya Ambush" - Larikan Barang Kemas & Wang Bernilai Hampir RM300K

Pembantu Rumah Kakak Aliff Syukri Berjaya Diberkas

Pembantu Rumah Kakak Aliff Syukri Berjaya Diberkas

Kakak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Yatie Kamarzaman memaklumkan pembantu rumahnya yang dikatakan telah melarikan sejumlah wang serta barangan kemas bernilai hampir RM300,000 telah pun berjaya diberkas pihak polis.

Menurut Yatie, dia sebenarnya telah menyerbu lokasi persembunyian pembantu rumahnya tanpa pengetahuan pihak polis.

https://www.instagram.com/p/CmxgxMzPZII/



β€œAlhamdulillah doa orang ramai, hasil bantuan kenalan terdekat dan pihak polis yang cekap akhirnya semuanya selesai malam tadi.

β€œSaya sendiri mengejar suspek sampai ke Puchong hingga jam 3.00 pagi. Kes selesai dan suspek kini di tahan bersama pihak polis,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh Yatie menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Bagaimanapun, Yatie akui tindakannya itu sememangnya berisiko dan membahayakan dirinya sendiri.



β€œSemasa saya ambush pembantu rumah tersebut, sebeb pihak polis dah bersedia di kawasan berhampiran. Saya tak tahu sebab saya buat kerja sendiri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


β€œTindakan saya ini tanpa pengetahuan pihak polis. Bila saya bawa balik maid tu, nasib baik bukan kami yang kena ambush sebab pihak polis dah mengesan maid saya menerusi nombor telefon.

β€œApapun, kalau anda ada masalah macam saya, jangan buat keputusannya ambush sendiri sebab merbahaya.

β€œMalah, ia juga akan mengganggu urusan pihak polis sebab mereka pun nak cari juga kuncu-kuncunya yang lain. Saya akui tindakan saya itu bukan cara yang betul,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini juga turut berharap agar orang luar tidak memberikan persepsi yang tidak baik terhadap pekerja asing disebabkan insiden yang dilaluinya itu.

β€œBukan semua orang yang datang bekerja ke Malaysia itu niatnya tak elok. Saya juga ada orang yang bantu. Alhamdulillah 17 tahun dengan saya. Kesihatan tak mengizinkan, jadi dia terpaksa balik ke kampung.

β€œDari anak, ipar, suami pernah kerja dgn saya. Dalam gambar ni dia berbaju merah, anaknya di sebelah mak mertua saya. Amanah.

β€œWalau 10 sen duit saya di poket tetap di asingkan ke tepi kalau terjumpa. Menjaga anak sy lebih dari menjaga anak sendiri terutama masa mrk kecil. Saya tersangatlah kerap outstation untuk bekerja waktu dulu,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Yatie turut memberitahu, pihak polis telah menyarankannya untuk tidak menarik semula kes kerana beberapa barang kemas sudah pun digadai dan wang tunai juga difahamkan tidak lengkap.

Kemelut Sajat & Mustika, Luah Aliff Syukri

 

Pembantu Rumah Kakak Aliff Syukri Berjaya Diberkas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker