Fasha tak berkira soal bayaran

Fasha tak berkira soal bayaran
Fasha tak berkira soal bayaran

Petaling Jaya: Biarpun bertaraf pelakon gred A, Fasha Sandha tidak berkira soal bayaran lebih-lebih lagi naskhah yang ditawarkan memberi pengalaman baharu kepada dirinya.

Fasha berkata, dia bukan pelakon yang hanya memandang duit semata-mata.

“Setiap filem yang ingin dihasilkan mempunyai bajet tertentu, jadi tidak semua tawaran yang datang itu perlu ikut bayaran semasa.

“Terus terang menerusi filem Cerana Biduk Bu Merah yang saya bintangi ini saya buat kerana cinta pada lakonan selain ingin timba ilmu.



“Soal bayaran ini sangat subjektif, jadi setiap pelakon kena jaga kadar masing-masing, jangan sampai dipermainkan,” katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Cerana Biduk Bu Merah di sebuah kompleks beli-belah di sini, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?


Fasha, 39, mendedahkan, menerusi filem seram yang dibintangi dia sanggup mengenepikan soal bayaran kerana ingin berkerja dengan pelakon veteran, Wan Hanafi Su.



“Rezeki ada di mana-mana. Hari ini mungkin hari dia, esok lusa mungkin hari kita pula.

“Rezeki Allah itu luas. Walaupun tidak mendapat bayaran yang mengikut kadar semasa dalam filem ini, tapi saya dihujani tawaran lain seperti dilantik sebagai duta produk dan lain-lain ,” katanya.

Cerana Biduk Bu Merak adalah filem genre seram yang diterbitkan Goldhill Pictures Sdn Bhd.

Filem itu mengisahkan seorang wanita tua yang dipinggirkan orang kampung sendirian di sebuah rumah pusaka.



Bu Merah menyelamatkan seorang gadis bernama Sofia yang hampir dirogol. Walaupun sudah berusia, kulit Bu Merah tidak berkedut malah sentiasa cantik kerana menjadi hamba kepada penjaga Cerana Biduk yang berpuaka.

Ia bakal ditayangkan di 70 pawagam tempatan bermula 12 Oktober ini.

Fasha tak berkira soal bayaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button