Adakah Nazlan dipilih secara manual dan khusus untuk menghakimi kes SRC ?

Antara perkara yang kami paling ingin tahu ialah adakah ianya benar bahawa pemilihan hakim secara manual telah berlaku seperti terkandung dalam laporan SPRM kepada Ketua Hakim Negara.
Laporan SPRM bahawa tiga hakim sebelum ini pernah diminta dan menolak untuk ambil alih kes SRC adalah satu petunjuk bahawa PILIH KASIH DALAM PEMILIHAN HAKIM secara manual (ataupun forum/judge shopping) telah berlaku.

Adakah Hakim Nazlan dipilih secara manual dan secara khusus untuk menghakimi kes SRC Najib?

Mahathir dan Tommy langgar Akta JAC 2009 untuk lantik Zaharah binti Ibrahim sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya biarpun jawatan tidak kosong dan biarpun Zaharah hanya tinggal tempoh 9 bulan sebelum perlu bersara secara mandatori.
Tugas pertama Zaharah setelah dilantik ialah tukar hakim kes SRC Najib iaitu Hakim Sofian pada 24 Julai 2018 biarpun kes sudah berjalan dengan Hakim Nazlan biarpun Hakim Nazlan langsung tiada pengalaman kes jenayah (disahkan laporan SPRM).
Siapakah tangan ghaib yang memilih hakim secara manual, siapa kah tiga hakim yang menolak dan apakah alasan-alasan mereka untuk menolak.
Perlu faham bahawa peranan Hakim Nazlan sebagai hakim bicara (trial judge) bagi kes SRC pada peringkat Mahkamah Tinggi adalah sangat penting.
Rayuan-rayuan dan semakan seterusnya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan adalah berdasarkan penemuan dan alasan yang diberi dalam perbicaraan pada peringkat Mahkamah Tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker