Lima warga Thailand ditahan tangkap ikan di kawasan larangan

Lima warga Thailand ditahan tangkap ikan di kawasan larangan

Lima warga Thailand ditahan tangkap ikan di kawasan larangan
Lima nelayan warga Thailand ditahan Maritim Malaysia kerana menangkap ikan di kawasan larangan di perairan Tanjung Belua, Langkawi. – Foto ihsan Maritim Malaysia

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan lima nelayan warga Thailand kerana menangkap ikan di kawasan larangan di perairan Tanjung Belua di sini, semalam.

Kelima-lima lelaki berusia antara 24 hingga 53 tahun ditahan dalam Op Aman di kawasan berkenaan jam 10.30 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata ketika ditahan lima nelayan terbabit menaiki bot pukat tunda tempatan kelas C.

“Terdahulu, bot pukat tunda terbabit dikesan berada dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 11 batu nautika di barat daya Tanjung Belua.



“Ketika ditahan tekong dan empat awak-awak itu didapati sedang leka melakukan aktiviti menunda di kawasan yang tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Romli berkata, bot bersama nelayan serta hasil tangkapan ikan campur seberat tiga tan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut untuk siasatan lanjut.

“Kegiatan menunda sukar dikesan selepas mereka tidak meninggalkan jejak dan dilakukan ketika bot mahu melepasi jarak lima batu nautika dari pantai.

 

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti memukat di zon larangan,” katanya.



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

 

Lima warga Thailand ditahan tangkap ikan di kawasan larangan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker