Mahu tebus ‘point e-Wallet’, suri rumah rugi RM21,399

Mahu tebus ‘point e-Wallet’, suri rumah rugi RM21,399

Mahu tebus 'point e-Wallet', suri rumah rugi RM21,399
– Foto hiasan

KUANTAN : Seorang suri rumah kerugian RM21,399 selepas mahu menebus 750 jumlah mata terkumpul yang ada dalam akaun e-Wallet miliknya yang kononnya dikatakan sudah tamat tempoh.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kejadian bermula pada 29 Disember lalu selepas mangsa dari Raub yang berusia 36 tahun menerima panggilan daripada suspek menyamar wakil syarikat Touch N Go.

“Suspek memaklumkan akaun e-Wallet milik mangsa sudah tamat tempoh dan terdapat 750 point (jumlah mata terkumpul) yang masih belum dituntut.

“Mangsa kemudian menyerahkan nombor kad bank dan nombor pengesahan transaksi (TAC) selepas suspek meminta kononnya mahu membantunya menebus point berkenaan.

“Mangsa menyerahkan tujuh nombor TAC yang berlainan kepada suspek sebelum menyedari dirinya ditipu apabila mendapati semua wang dalam akaun banknya lesap,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Ramli berkata, polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya diminta memberikan apa-apa maklumat perbankan, kita minta jangan dedahkannya,” katanya.

RFID sejauh mana berkesan ganti TnG & SmartTag?

Mahu tebus ‘point e-Wallet’, suri rumah rugi RM21,399


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker