18 termasuk tujuh warga emas leka berjudi, ditahan


Kredit: PDRM Pulau Pinang

14/02/2021 10:57 PM

BUKIT MERTAJAM, 14 Feb — Polis menahan 18 individu termasuk tujuh warga emas yang sedang leka berjudi dan merampas wang tunai RM16,000, dalam serbuan di sebuah rumah jenis kampung di Sama Gagah, di sini hari ini.

Serbuan pukul 4 petang itu dijalankan oleh sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hasil maklumat awam dan risikan.



Menurut sumber, dalam serbuan itu polis merampas pelbagai peralatan untuk berjudi antaranya kepingan cip pelbagai warna, batu mahjong dan wang tunai sebanyak RM16,000, dipercayai duit untuk pertaruhan.

“Berdasarkan siasatan awal, rumah kampung dua tingkat itu disewa kumpulan tersebut untuk menjalankan aktiviti perjudian dan permainan mahjong sempena Tahun Baharu Cina, dan polis menahan 17 lelaki serta seorang wanita warga Myanmar yang kesemuanya berusia 30 hingga 80 tahun,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Mohd Ra’ais ketika dihubungi, mengesahkan penahanan mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya semua mereka ditahan bagi membantu siasatan kerana bermain judi dan turut dikompaun serta disiasat kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



34 termasuk warga asing ditahan leka berparti liar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker