Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15

Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15

Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15

Keputusan PRU 15 memberikan kejutan yang sangat besar kepada Barisan Nasional, terutamanya UMNO.

Dalam PRU 14, secara keseluruhannya, UMNO/BN memenangi 79 kerusi parlimen.

UMNO memenangi 76 kerusi parlimen, MCA 1 kerusi parlimen dan MIC 2 kerusi parlimen.

Tetapi dalam PRU 15, UMNO cuma mampu memenangi 26 kerusi parlimen, MCA 2 kerusi parlimen dan MIC serta PBRS cuma memenangi 1 kerusi parlimen bagi setiap parti.

Ini bermakna UMNO kehilangan 50 kerusi parlimen dalam PRU 15 dan hanya mampu memenangi sekitar 34.2% kerusi parlimen berbanding PRU 14.

Ianya adalah satu keputusan yang mengejutkan bukan sahaja kepada parti UMNO, malah parti lawan.

Persoalannya, apakah punca sebenar yang menyebabkan UMNO menerima kekalahan yang sangat mengejutkan ini.

Adakah rakyat sudah menolak UMNO?

Rasuah Politik Punca Kekalahan, Tetapi Rasuah Pengundi Bukan Punca Utama

Sebelum parlimen dibubarkan, Pengarah Pilihanraya BN yang juga merupakan Timbalan Pengerusi BN, Tok Mat Hasan, telah pergi ke seluruh negara untuk meninjau sendiri kesiapsiagaan jentera parti.

Maklum balas yang diterima adalah jentera BN di seluruh negara sudag bersedia sepenuhnya dan mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa UMNO/BN akan bangkit semula dalam PRU 15.

Tetapi mengapakah keputusan PRU 15 tidak sama, malah jauh meleset dari jangkaan?

Benar, selepas PRU 15, tular di seluruh negara, Perikatan Nasional telah merasuah pengundi secara besar-besaran.

Penulis bersetuju ianya merupakan antara punca kekalahan UMNO kerana pengundi yang belum matang pemikiran mereka dalam politik pasti akan terpedaya.

Namun bagi penulis, ianya bukanlah punca utama.

Punca utama kekalahan UMNO dalam PRU 15 adalah kerana berlakunya sabotaj dalaman dari pemimpin UMNO sendiri.

Semua parlimen yang sebelum ini merupakan kubu kuat UMNO tetapi telah ditukar calonnya dalam PRU 15, telah tewas, kecuali parlimen Rembau.

Parlimen Arau, parlimen Pasir Salak, parlimen Tanjong Karang, parlimen Ketereh adalah beberapa contoh.

Bagaimana parlimen yang telah dimenangi oleh UMNO lebih dari 3 penggal boleh kalah dalam PRU 15?

Sekiranya benar ahli parlimen sebelum ini memberi sokongan kepada muka baharu seperti yang mereka dakwa, tidak mungkin parlimen tersebut akan kalah.

Kekalahan UMNO Berpunca Dari Pemimpin UMNO Sendiri

Dalam pilihanraya, kemenangan atau kekalahan calon bergantung kepada gerak kerja yang dilakukan jentera parti pada hari mengundi.

Parti boleh membuat persiapan awal, membuat kempen yang hebat, tetapi sekiranya hari mengundi, jentera parti tidak digerakkan sepenuhnya, calon hampir pasti akan kalah.

Antara jentera yang sangat penting pada hari mengundi adalah mereka yang ditugaskan untuk membawa keluar pengundi putih atau dipanggil ‘runner’.

Dari maklumat yang penulis terima melalui ‘runner’ yang bertugas di beberapa kawasan parlimen, mereka mendedahkan senarai nama pengundi putih yang mereka terima bukanlah pengundi UMNO.

Tetapi senarai nama yang mereka terima adalah senarai pengundi putih dari parti Perikatan Nasional.

‘Runner’ hanya menyedari perkara itu apabila mendapati beberapa pengundi yang mereka keluarkan sebenarnya adalah dari parti lawan.

Kerana sebaik sahaja pengundi tersebut tiba di pusat mengundi, mereka terus menuju ke khemah parti lawan untuk membuat semakan nama.

Namun ianya sudah agak terlambat kerana perkara itu disedari pada lewat tengahari.

Sebab itu, sehingga tengahari, jumlah pengundi putih yang berjaya dikeluarkan tidak sampai 50% dari jumlah yang tersenarai.

‘Runner’ yang bertugas pada hari mengundi pula, ada antara mereka yang dikenal pasti sebagai penyokong Perikatan Nasional.

Mereka tidak pasti siapa yang melantik ‘runner’ yang merupakan penyokong Perikatan Nasional itu.

Inilah punca sebenar mengapa UMNO menerima kekalahan yang teruk dalam PRU 15.

Tindakan Tegas Mesti Di Ambil

Penulis harap, kepimpinan UMNO membuat siasatan terperinci mengenai perkara ini.

Mana-mana pemimpin, walau di peringkat mana sekali pun, sekiranya terbukti terlibat dalam sabotaj dalaman ini, MESTI dipecat keahlian mereka serta merta.

Maruah UMNO mesti dikembalikan dan satu-satunya cara ialah dengan membuat pembersihan di semua peringkat!!!

 

Sabotaj Dalaman Punca Sebenar Kekalahan UMNO Dalam PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker