Tragedi Malam Pertama, Suami Cerai Isteri Selepas Lihat Wajah Tanpa ‘Makeup’

Gara-gara melihat isteri tidak memakai alat solak di wajah, pengantin lelaki mengambil keputusan untuk bercerai. Lebih teruk, pasangan itu baru beberapa jam mendirikan rumah tangga.

Menerusi laporan Detiksumut, pengantin lelaki yang dikenali sebagi Cao itu melihat wajah isterinya pada malam pertama mereka bergelar suami isteri dan terkejut kerana tidak seperti yang disangkakan.

Difahamkan, pasangan yang berasal dari Beijing, China itu berkenalan melalui media sosial dan memiliki jarak umur yang jauh di mana Cao berusia 30 tahun manakala isterinya, Trang 47 tahun.

Apa yang membuatkan Cao nekad untuk mengahwini Trang adalah kerana dirinya yang selalu tampil bersolek dan berpakaian bergaya.

Menurut Cao, Trang seorang yang cantik, penyayang, yakin dan matang. Meraka membuat keputusan untuk berkahwin di kampung halaman namun belum mendaftar perkahwinan secara sah.

Walau bagaimanapun, Cao merasakan dirinya ditipu apabila Trang menanggalkan solekannya dari wajah. Oleh kerana itu, Cao menghalau Trang dari rumah dan nekad untuk bercerai.

Namun begitu, Trang memberi dua syarat kepada Cao kerana kecewa dengan sikap suaminya yang tidak menerima dirinya seadanya.

Pertama, untuk terus kekal menjadi suami isteri serta mendaftar perkahwinan secara sah. Dan yang kedua adalah untuk Cao membayar pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127,797).

Cao merasakan pampasan yang dituntut Trang tidak munasabah kerana menggangap dirinya sebagai seorang mangsa. Cao bertindak untuk meminta bantuan daripada guaman untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Susulan daripada itu, hal ini tidak dijelaskan lebih lanjut dan masih tidak dikenal pasti dengan keputusan pasangan itu untuk bercerai atau sebaliknya.

Sumber: Detik Sumut

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker