10 Cara Mudah Buat Anak Dengar Cakap, Tanpa Guna Kuasa Autoriti
Mendidik anak adalah salah satu tugasan yang amat mencabar dalam hidup. Untuk melindungi dan membesarkan anak-anak yang berdisiplin, ada ibu bapa yang menggunakan kuasa autoriti sebagai ibu dan bapa.
Mesti stres, bila kita cakap, anak tak nak ikut. Lagi kita cakap kuat-kuat, lagi dia melawan. Kadang-kadang, sebagai ibu, boleh jadi down satu hari. Buat senang nak bagi anak dengar kata!
10 CARA MUDAH ANAK DENGAR CAKAP
1. Panggil nama dia
Nama ini sensetif, orang panggil nama comfirm kita akan toleh, sama juga dengan anak.
Nak lagi berkesan panggil terus nama penuh dengan nama bapa sekali. Contohnya, ‘Muhammad Aisy Rizqi Bin Mohd Fhais, kemas mainan sekarang’.
2. Grab attention dia dulu
Kadang punca anak tak dengar kata sebab dia sedang ralit buat benda lain. Budak tengah ralit tengok tv, kita cakap apa pun dia tak endah. Bazir air liur sahaja membebel.
3. Guna bahasa yang cantik
Bahasa besar impaknya. Setiap perkataan kita membina kamus bahasa dia. Jika bahasa dia tak cantik, bahasa anak pun jadi tak cantik. Kamus yang sama digunakan.
Makin lama, makin tak cantik perangai dia. Makin lama, makin susah dia dengar kata.
4. Bina connection dahulu
Sebelum tegur bina connection dulu, contoh bina connection ada eye contact. Paras mata kita sama dengan paras mata anak.
Elakkan menegur anak dalam keadaan kita berdiri dan anak kena mendongok untuk pandang kita. Makin bengang nanti jadinya.
5. Cakap paling simple yang boleh
Ada bezaya bercakap dan ceramah. Ceramah ini meleret-leret. Kita berleter, satu apa pun anak tak ikut.
Short and precise. Nak cakap dengan anak pastikan ia pendek dan tepat pada perkara yang nak di tegur.
6. Suara lembut tapi tegas
Dari pengalaman suara lembut adalah suara yang paling mudah meresap ke dalam hati anak-anak. Dia senang ikut dan ingat.
Tapi untuk mendidik kena lah ada ketegasan dalam percakapan itu. No means no, jangan cepat lentok bila anak buat perangai.
7. Bagi solusi atau harapan
Otak kanak-kanak ini 91 peratus terbentuk sampai usia dia 7 tahun. Usah kita isi otak dia dengan masalah, kesalahan dan kegagalan dia sahaja.
Bagi juga dia solusi, alternatif dan harapan untuk setiap kesalahan yang dia dah buat. Baru dia tambah baik.
8. Tanya soalan
Bercakap satu hala ini bosan, tak beri impak kat otak. Sekali sekala tanya soalan kat anak supaya otak dia bekerja sikit.
Contohnya:
‘Kakak rasa tidur lambat ini bagus ke?’
‘Kalau tak fokus masa belajar abang ingat ke apa cikgu ajar?’
Dari soalan begini lah dapat bina intrinsic motivation untuk anak lebih mudah dengar kata.
9. Beri peluang
Sentiasa beri peluang untuk anak bela diri, meluah dan bagi cadangan. Salah satu tanda wujudnya sifat tolenrasi ibu ayah.
Dengar sahaja dahulu, ikut atau tidak bergantung.
Anak yang diberi peluang untuk meluah akan lebih rela hati menerima teguran berbanding yang tidak.
10. Minta tolong
Perkataan ‘tolong’ ini sangat berkesan. Ibarat magik word untuk minta anak buat sesuatu.
Contohnya:
‘Kakak tolong ibu…’
‘Abang tolong ayah..’
Lebih berkesan kita gabungan perkataan tolong ini dengan ajak.
Contohnya:
‘Abang tolong adik angkat baju’
‘Kakak jom tolong ibu basuh pinggan’
Apa guna kita ada nasihat terbaik kalau anak susah dengar.
Makin mudah anak dengar cakap, makin kurang lah kesilapan dia akan buat.
Sumber: Twitter Mohd Fhais