Arab Saudi tubuh syarikat tenusu unta

Arab Saudi tubuh syarikat tenusu unta

Arab Saudi tubuh syarikat tenusu unta
FOTO HIASAN

Riyadh: Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) mengumumkan pada Khamis penubuhan Syarikat Sawani untuk merangsang industri tenusu unta.

Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama produk tenusu unta dan membolehkan pertumbuhan industri penternakan unta Arab Saudi, selain menyumbang kepada pembangunan mampan, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menurut SPA, syarikat itu akan bekerjasama dengan sektor swasta untuk menggalakkan pengeluaran industri dan meningkatkan standard ekosistem pengeluaran domestik dengan memodenkan operasi.

Ketua barangan pengguna dan runcit di Bahagian Pelaburan Mena di PIF, Majed Al-Assafsaid berkata, Arab Saudi mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas tentang industri tenusu unta yang mempunyai potensi besar untuk meningkatkan keupayaan operasinya dan mengembangkan ekosistem.



Beliau berkata, faktor-faktor itu mewakili kelebihan daya saing merentas keseluruhan rantaian bekalan di samping pelaburan, membolehkan pertumbuhan ketara industri dan akhirnya membawa kepada eksport produk tenusu unta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

Antara pelaburan PIF termasuk penciptaan Syarikat Kopi Saudi yang mempromosikan biji kopi Khulani Saudi dan Syarikat Pembangunan Produk Halal yang melabur dalam sektor produk halal.

Sejak 2017, PIF sudah menubuhkan 84 syarikat dalam 13 sektor strategik.

Arab Saudi tubuh syarikat tenusu unta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker