5 Anak Artis Paling Popular Tahun 2022

Serius Comel!

5 Anak Artis Paling Popular Tahun 2022

5 Anak Artis Paling Popular Tahun 2022

Kalau ibu bapanya seorang anak seni yang terkenal di mata masyarakat Malaysia, mesti anaknya juga akan menjadi tumpuan juga. Bukan sahaja bijak dan mencuti hati orang ramai, malahan mereka juga terkena tempias populariti ibu bapa mereka.

1. Muhammad Bilal

Neelofa yang dahulunya tidak memaparkan wajah anaknya sekian lama membuatkan ramai yang cuba untuk mengorek rahsia muka anaknya akhirnya berkongsi foto serta rakaman video cahaya mata sulungnya, Muhammad Bilal Muhammad Haris di Instagram. Gelagat Bilal dengan kulit gebu dan tubuh badannya yang comel sudah cukup membuatkan ramai ‘geram’.

2. Wan Khai Amir

 

View this post on Instagram

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)



Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah akhirnya berkongsi wajah penuh putera sulungnya, Wan Khai Amir buat tatapan umum pada majlis akikah selepas lima bulan kelahirannya. Rata-rata peminatnya teruja melihat wajah comel Amir yang saling tidak tumpah manis seperti Mira dan Emir.

3. Nur Khawla Soleha

 

Kalau sekali imbas macam mini ernie pun ada. Ini kerana anak kepada pasangan selebriti Ernie Zakri dan Syamel menarik perhatian netizen. Mana tidaknya apabila bayi perempuan , Nur Khawla Soleha memang copy paste wajah Ernie.  Senyuman kedua-dua beranak itu memang sama. Ernie yang berkongsi gambar bersama anaknya dalam Instagram menerima pelbagai pujian, malah ada yang menganggap pasangan ibu dan anak itu seperti kembar.

4. Hayder Qhalish

 

Ini kalau dekat Tiktok memang muka dia sahaja yang keluar fyp. Gelagat anak Eyra Hazali yang sememangnya menghiasi fyp Tiktok. Ada sahaja peel dia dengan mama dia. Hayder Qhalish yang mempunyai gelagat kuat berlakon macam mama dan aktif macam ayahnya yang merupakan penjaga go JDT, Haziq Nadzli.

5. Alisa Aisyah

Anak kepada pelakon Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Alisa Aisyah sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelannya. Beliau sering bersama abangnya dan ada sahaja pekara yang mereka buat bersama hingga daddy dan mummynya pening dengan sikapnya yang sangat petah bercakap. Alisya Aisyah juga telah memenangi Anugerah Si Cilik Meletop 2020!

Neelofa Akan Dedah Wajah Penuh Muhammad Bilal Tak Lama Lagi 

5 Anak Artis Paling Popular Tahun 2022


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker