Arsenal tutup buku 2023 dengan kemenangan

Brighton: Bukayo Saka dan Eddie Nketiah menjaringkan gol di awal setiap babak untuk Arsenal melakarkan kemenangan di tempat lawan menewaskan Brighton & Hove Albion pada perlawanan terakhir Liga Perdana 2022 seterusnya melebarkan jurang kepada tujuh mata di puncak liga.

Arsenal kini mengumpul 43 mata dengan pesaing terdekat, Manchester City di tempat kedua dengan 36 mata selepas terikat 1-1 menentang Everton dan Newcastle United, yang seri tanpa jaringan menentang Leeds, dua mata di belakang City.

Saka menjaringkan gol selepas seminit permainan bermula apabila rembatan Gabriel Martinelli ditampan menuju ke arahnya.



Leandro Trossard mempunyai beberapa peluang yang baik untuk pasukan tuan rumah sebelum Martin Odegaard menambah gol kedua Arsenal pada minit ke-39, hasil pertahanan longgar dan merembat ke gawang.

Pendahulu liga nampaknya mengesahkan kemenangan sejurus selepas rehat apabila penjaga gol Robert Sanchez selagi lagi gagal menampan dengan kemas rembatan memberi ruang kepada Nketiah menyumbatkan gol ketiga.

Bagaimanapun, gol minit ke-65 Kaoru Mitoma menghidupkan semula peluang Brighton namun Martinelli mengukuhkan kedudukan Arsenal sebelum Evan Ferguson menjadikan kedudukan 4-2.

Mitoma menemui sasaran pada minit ke-89 tetapi gol berkenaan dibatalkan selepas VAR mendapati dia berada di kedudukan ofsaid.



“Kami tidak peduli tentang pasukan lain, tiga mata adalah apa yang diperlukan hari ini dan kami melakukannya. Mungkin kami perlu menguasai permainan dengan lebih baik, kami memberikan mereka ruang beberapa kali, tetapi mereka juga pasukan yang bagus,” kata kapten Arsenal, Odegaard.

Saka berkata, mereka gembira mengumpul kelebihan tujuh mata menuju Tahun Baru.

“Sudah tentu, di permulaan musim jika anda tanya kami adakah ini yang kami mahukan, kami pasti akan menyambarnya. Kami amat gembira,” kata Saka.

Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button