PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan

PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan

PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan

Maklumat yang baru penulis terima dari sumber dalaman PN memaklumkan, PN mungkin akan menarik sokongan dari Ismail Sabri dalam masa yang terdekat.

Untuk makluman, sekarang ini Ismail Sabri sedang berada di New York untuk menghadiri persidangan United Nation General Assembly (UNGA).

Antara alasan yang diberikan untuk menarik sokongan adalah kerana Ismail Sabri sebagai perdana menteri gagal memimpin kerajaan untuk menangani masalah ekonomi.

PN juga mengharapkan agar peralihan kuasa sekali lagi dilakukan dengan Surat Akuan Bersumpah (SD) sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini.

Untuk tujuan itu, alasan yang akan diberikan oleh PN kepada YDP Agong adalah untuk mengelakkan pilihanraya umum diadakan dalam waktu yang terdekat.

Ini adalah kerana sekiranya YDP Agong membubarkan parlimen, maka PRU 15 akan diadakan ketika rakyat sedang menghadapi banjir.

Pihak Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin, dikatakan sedang bergerak cergas untuk mengumpulkan SD dari ahli parlimen.

Penulis juga dimaklumkan, pihak Muhyiddin Yasin sedang melakukan perbincangan dengan beberapa parti lain seperti Pejuang, Muda, Warisan dan beberapa ahli parlimen UMNO.

Sekiranya jumlah SD yang diperolehi mencukupi untuk beliau menubuhkan kerajaan, beliau akan meminta untuk mengadap YDP Agong.

Percaturan Baru PN Kerana Takut Hadapi PRU 15

Bagi penulis, alasan sebenar mengapa PN cuba merampas kuasa melalui SD adalah untuk mengelakkan PRU 15 diadakan dalam waktu terdekat.

Sangat jelas lagi bersuluh, Perikatan Nasional masih lagi belum bersedia untuk menghadapi PRU 15.

Mereka amat maklum, sekiranya PRU 15 diadakan pada tahun ini, PN akan mengalami kekalahan yang amat memalukan.

Sebagaimana yang berlaku di PRN Melaka dan Johor, itulah yang cuba PN elakkan.

Sekiranya maklumat ini betul, timbul persoalan, apakah YDP Agong akan sekali lagi membenarkan peralihan kuasa melalui SD?

Bacaan politik kami, besar kemungkinan YDP Agong tidak akan menggunakan cara yang sama sekali lagi setelah terbukti 2 kali gagal mewujudkan kestabilan politik.

Mengikut perlembagaan, YDP Agong berkuasa memprorog parlimen dan mengisytiharkan darurat politik bagi membentuk kerajaan interim.

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia agar bertenang dan menerima apa sahaja keputusan dari YDP Agong sekiranya perkara ini benar-benar berlaku.

Biarkan sahaja ‘warlord’ itu membuat gerakan terakhir buah catur mereka.

Masanya sudah semakin hampir untuk rakyat pula menggerakkan buah catur mereka.

Dan kali ini sudah pasti rakyat akan membuat ‘check mate’ kepada ‘war lord’ yang selama ini bermaharajalela.

 

PN Di Jangka Akan Menarik Sokongan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker