Polis siasat video tular ahli perniagaan bawa pistol

Polis siasat video tular ahli perniagaan bawa pistol

Polis siasat video tular ahli perniagaan bawa pistol

TAWAU: Polis sedang menjalankan siasatan ke atas beberapa rakaman video tular memaparkan perselisihan faham antara sekumpulan penarik kereta dengan seorang ahli perniagaan yang didakwa memiliki pistol.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata kejadian berlaku pada jam 2.30 petang semalam dan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan.

Beliau berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati berlaku pertengkaran dan salah faham antara penarik kereta dan seorang lelaki berhubung isu ingin menarik kereta.

“Hasil semakan mendapati individu terbabit adalah seorang ahli perniagaan yang mempunyai lesen untuk menggunakan senjata api.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video antara sekumpulan individu dipercayai penarik kereta bersama seorang lelaki bertengkar berhubung isu menarik kereta.

Menerusi satu rakaman video itu, lelaki terbabit dilihat memegang sepucuk pistol sebelum memasukkan ke bahagian belakang badannya.

Turut dipaparkan laporan polis seorang penarik kereta terbabit yang mendedahkan pemilik kenderaan jenis Mazda S 2.0(A) yang dipandu oleh seorang wanita Cina dipercayai ahli keluarga ahli perniagaan berkenaan sudah tertunggak selama beberapa bulan.

Patut ‘semacam’, ada pistol rupanya…

Polis siasat video tular ahli perniagaan bawa pistol

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker