Iraq perkenal tablet batu purba dikembalikan Itali

Iraq perkenal tablet batu purba dikembalikan Itali

Iraq perkenal tablet batu purba dikembalikan Itali
Tablet batu purba berusia 2,800 tahun. – Foto AGENSI

BAGHDAD: Iraq memperkenalkan tablet batu berusia 2,800 tahun yang dipulangkan oleh Itali, ketika negara yang dilanda perang itu berusaha untuk memulihkan barangan antik di luar negara yang dirompak dari wilayahnya.

Tablet yang teksnya ditulis dalam cuneiform, abjad Babylonia itu mengandungi lambang Salmaneser III, raja Assyria yang memerintah wilayah Nimrod dari 858 hingga 823 sebelum Masihi.

Keadaan ketika tablet itu berada di Itali masih tidak jelas, tetapi pihak berkuasa Itali menyerahkannya kepada Presiden Iraq, Abdul Latif Rashid ketika lawatan ke Bologna sejak minggu lalu.



“Kami akan terus berusaha untuk mendapatkan semula semua bahagian arkeologi sejarah Iraq dari luar negara.

“Kami mahu menjadikan Muzium Iraq sebagai satu muzium terbaik di dunia, dan kami akan berusaha untuk melakukannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?




“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai Itali atas usaha dan kerjasama mereka dalam membawa pulang karya ini,” kata Abdul Latif dalam satu majlis penyerahan artifak itu di sebuah istana presiden Baghdad.

Menurut pengarah majlis antik dan warisan Baghdad, Laith Majid Hussein, tablet itu tiba pada 1980-an di Itali, di mana ia dirampas oleh polis.

Menteri Kebudayaan Iraq, Ahmed Fakak al-Badrani berkata, keadaan di sebalik penemuan agak tidak jelas di mana ia berkemungkinan ditemui ketika penggalian arkeologi atau semasa kerja di empangan Mosul yang terbesar di Iraq dibina pada 1980-an.

Wilayah Iraq moden adalah tempat kelahiran tamadun Sumeria, Akkadia, Babylonia dan Assyria, di mana manusia menulis dan bandar-bandar pertama.



Barang antik negara menjadi sasaran rompakan dalam kekacauan berikutan pencerobohan diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003.

Pada Mei lalu, pendakwa raya New York, Alvin Bragg mengumumkan pemulangan dua arca purba ke Iraq iaitu gajah Mesopotamia batu kapur dan lembu jantan Sumeria alabaster dari bandar lama Uruk.

Patung-patung itu yang dicuri ketika Perang Teluk, diseludup ke New York pada akhir 1990-an, menurut pejabat pendakwa raya.

Lembu jantan itu adalah sebahagian daripada koleksi peribadi Shelby White, seorang dermawan jutawan dan pemegang amanah Met. – AFP



Iraq perkenal tablet batu purba dikembalikan Itali


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ibrahim Dedahkan Penipuan Hadi Awang

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button