Lelaki ditahan miliki amunisi, senjata api

Lelaki ditahan miliki amunisi, senjata api

Lelaki ditahan miliki amunisi, senjata api
Senjata api dan amunisi yang dirampas polis di sebuah kampung Batu 19, Jalan Kuching-Serian, hari ini. NSTP/Norsyazwani Nasri

SERIAN: Padah memiliki senjata api serta amunisi atau peralatan berkaitan senjata api dan menjadikan kediaman sebagai tempat membaiki senjata api, seorang lelaki ditahan polis di sebuah kampung Batu 19, Jalan Kuching-Serian di sini, hari ini.

Suspek berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi khas Op Laras pasukan polis Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, jam 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata antara barangan yang dirampas ialah pelbagai komponen senapang patah, peralatan yang digunakan untuk membuat atau membaiki senjata, dua unit senapang angin yang lengkap dan amunisi.



“Tangkapan ini berjaya dilakukan hasil daripada intipan serta risikan maklumat sebelum ini.

Katanya, suspek mendapat upah berbeza-beza mengikut tahap kerosakan senjata yang dihantar kepadanya.

“Jika disabitkan kedua-dua kesalahan terbabit, suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Lagi bom meletup di laluan kereta api selatan Thailand, tiga maut



Lelaki ditahan miliki amunisi, senjata api

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button