Anwar perlu Siasat dan dakwa segera “PM” dan “Menteri Kewangan” yang punggah berbillion wang negara.

 

Oleh Adam Malik

“Apatah lagi orang-orang yang pernah menjadi menteri kewangan, perdana menteri yang tatkala mereka berkuasa itu bukan dipungahnya ratusan juta ringgit, bilion ringgit dipunggah.

“Jadi saya nak nasihatkan bahawa kerajaan ini akan pastikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang dipunggah itu dipulangkan semula kepada rakyat. Ini bukan kecil jumlahnya,” kata Anwar tanpa memperincikan dakwaannya – Anwar Ibrahim , Perdana Menteri.(31/1/23)

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim kali ini ada ”weight” kerana dia bercakap sebagai orang yang memegang jawatan Perdana Menteri.

Jika DSAI bercakap pada hari hari lain mungkin ia sebagai kenyataan politik sahaja, namun kali ini DSAI bercakap sebagai ketua autoriti dan Ketua Pentadbiran Negara.

Maka, sebagai pemerintah yang ada kuasa , Anwar harus segera membuat sesuatu pada apa yang dinyatakan.

 

Dalam kenyataan DSAI, ia memberi ‘hint’ wang negara pernah di curi atau dialihkan dalam jumlah berbillion satu waktu dulu.

Maka, DSAI perlu membuktikan kenyataan nya bukan ‘auta’ atau ‘kosong’ tetapi benar belaka.

Ia harus disusuli dengan Tindakan atau siasatan.

Walaupun DSAI tidak menyebut nama sesiapa tetapI ia terlalu jelas siapa yang dimaksudkan oleh Anwar.

Malah bukan sahaja mereka yang peka politik , bahkan rakyat marhaen juga tahu siapa yang dimaksudkan oleh DSAi .

Tentu sekali maksud Anwar ada lah Tun Mahathir dan Tun Daim kerana mereka pernah menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam waktu yang sama.

Tambah lagi , ‘spat’ Anwar dengan Daim telah berlarutan lama semenjak Amwar menjadi Menteri Kewangan dan didakwa membuat laporan palsu kepada Parlimen berkenaan jumlah kerugian Forex sedangkan ia laporan yang diterima oleh Anwar dari kedua indvidu itu.

Apa pun kisah lama, ia tetap menjadi kan Anwar orang yang merbahaya kepada Mahathir dan Daim sehingga di halang menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.

Kali pertama Ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dengan dikenakan dakwaan “liwat”dan kali kedua Ketika dinafikan sertelah Mahathir berjanji hanya mahu menjadi Perdana Menteri hanya dua tahun sahaja selepas PRU14.

Kini, Anwar sudah menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Jika Anwar sudah sebut , Anwar perlu buat sesuatu supaya kata kata Anwar selepas ni akan dipercayai dan bukan sekadar sembang kosong.

Anwar juga perlu desak Zeti Aziz dibawa kemahkamah dengan segera.

In kerana kes bekas Gabenor Bank Negara ada kaitan dengan wang keuar masuk berbilion yang disebut oleh Anwar.

Mana mungkin wang berbillion di punggah keluar negara tanpa lalu Bank Negara Malaysia.

Ada kah itu juga sebab nya  kes Zeti masih belum dibawa ke mahkamah kerana hal rasuah Zeti ada lah “tips of the iceberg” sahaja kepada kes kes lain termasuk wang di Pandora.

Dipercayai juga kes terhadap Datuk Seri Najib Razak juga ada lah kes “decoy” dan alihan untuk menutup kes lain yang membabitkan wang rakyat berbillion yang telah dicuri oleh ‘orang tertentu’ supaya rakyat terleka dan terpukau dengan kisah rekaan dibantu oleh jentera bersepadu bawah kawalan terhadap pegawai tinggi kerajaan dan agensi agensi yang seiringan mengenakan DSNR.

Kini, dengan kenyataan terbaru Anwar , maka diharapkan ada segera siasatan dan dakwaan yang sebenar yang sudah Lama duLu disyaki wang dicuri cara bijaksana dan licik tanpa di ketahui oleh rakyat.

Sambil itu siasat juga pembukaan bank bank diluar negara oleh individu sama dalam waktu yang hampir sama dengan kehilangan wang FOREX Bank Negara.

Ini peluang Anwar untuk buktikan diri nya ada kredibel apabila bercakap dan bukan cakap kosong seperti Tun Mahathir yang konon anti rasuah tetapi langsung tidak menyentuh rasuah jika babit kroni dan puak sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker