Apakah DS Najib Akan Mendapat Keadilan Pada 19 Januari Ini?

Apakah DS Najib Akan Mendapat Keadilan Pada 19 Januari Ini?

Apakah DS Najib Akan Mendapat Keadilan Pada 19 Januari Ini?

Kes SRC dan 1MDB yang melibatkan mantan Perdana Menteri, DS Najib, adalah pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik, tidak boleh dinafikan.

Sabitan serta hukuman ke atas beliau dalam kes SRC adalah dalil yang amat jelas bagaimana sistem keadilan telah dirobohkan oleh tangan-tangan penguasa yang zalim.

Pelbagai hak DS Najib untuk membela diri dan mendapatkan perbicaraan yang adil telah dinafikan tanpa sebab dan alasan yang munasabah.

Dari pemilihan hakim perbicaraan, kredibiliti hakim perbicaraan serta proses rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Persekutuan telah menelanjangkan kebobrokan sistem keadilan negara.

Dalam perbicaraan kes 1MDB, saksi penting, Zeti Akhtar Aziz, telah mencatat sejarah sebagai wanita luarbiasa yang mendapat cuti sakit paling lama di dunia.

Pun begitu, mahkamah dilihat masih bersabar tanpa mengambil sebarang tindakan.

Sedangkan dalam kes SRC, permohonan DS Najib untuk menangguhkan perbicaraan untuk memberi ruang masa kepada barisan peguambela beliau yang baharu telah ditolak.

Alasan mahkamah ialah, jangan membazirkan masa mahkamah.

Falsafah keadilan, justice rushed is justice crushed telah dibakul sampahkan oleh seorang yang bertaraf Ketua Hakim Negara.

Tetapi dalam perbicaraan kes 1MDB, falsafah justice delayed is justice denied telah dijunjung sepenuhnya.

Begitulah ‘adil dan telusnya’ sistem keadilan kita yang dilihat masih berterusan dicatur oleh tangan penzalim.

Persoalannya, apakah masih ada keadilan kepada DS Najib dalam proses semakan kehakiman nanti?

Atau ianya hanya akan menjadi satu implementasi terhadap prosedur hak mendapat keadilan sedangkan skrip keputusannya telah pun disiapkan?

 

Apakah DS Najib Akan Mendapat Keadilan Pada 19 Januari Ini?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker